MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI

CAWANGAN PENGURUSAN FARMASI

Cawangan Pengurusan Farmasi bertanggungjawab untuk memastikan perancangan strategik dan dasar perkhidmatan farmasi dilaksanakan mengikut sasaran yang ditetapkan, pengagihan sumber manusia mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan, pembangunan modal insan yang relevan dan berterusan dilakukan, sistem kualiti diterap dan diamalkan di dalam perkhidmatan di setiap peringkat serta memastikan urusan pentadbiran dan kewangan yang mantap dilakukan mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

Cawangan Pengurusan Farmasi terdiri daripada empat (4) unit iaitu Unit Sumber Manusia, Latihan dan Pentadbiran, Unit Kewangan dan Akaun, Unit Perolehan dan Aset dan Unit Infrastruktur dan Kualiti. Cawangan ini melakukan tugas-tugas berikut:

  1. Menyelaras Urusan Pentadbiran
    1. Penyeliaan angota
    2. Menyelia pengurusan e-kehadiran
    3. Pengurusan Mesyuarat Jabatan
  2. Menyelaras Urusan Perkhidmatan
    1. Menyelia urusan perkhidmatan anggota
    2. Menyelia urusan HRMIS
  3. Menyelaras Pengurusan Sumber Manusia
    1. Permohonan Perjawatan Baru Melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM)
    2. Menyemak  laporan perjawatan BPFM ke JKN Melaka
    3. Menyediakan justifikasi penempatan anggota farmasi (Pegawai Farmasi & Penolong Pegawai Farmasi)
  4. Menyelaras Pembangunan Modal Insan & Latihan Anggota
    1. Pembangunan Modal Insan – Latihan Dalam Perkhidmatan
    2. Pembangunan Kompetensi Anggota – Pemantauan CPD & 7 hari latihan
  5. Menyelaras Pengurusan Aset
    1. Pendaftaran Aset Baru
    2. Pemeriksaan Aset
    3. Pelupusan Aset
    4. Penyelenggaraan aset
  6. Menyelaras Pengurusan Kenderaan
    1. Penyelenggaraan Kenderaan
    2. Pemantauan Kad Minyak & Touch n Go
  7. Menyelaras Aktiviti Serta Pencapaian Kualiti
    1. Key-Performance Indicator (KPI)
    2. Piagam Pelanggan
    3. Quality Assurance Programme (QAP)
    4. Inisiatif Kualiti (Inovasi, KIK, R&D &QA)
    5. Laporan Tahunan BPFM
  8. Menyelaras Projek Pembangunan (Farmasi) –
    1. Menyelaras permohonan projek RMK, BP11 & BP6 Negeri Melaka
    2. Memantau pelaksanaan projek RMK dan BP6 di semua fasiliti
    3. Mengendalikan projek BP6 di BPFM
    4. Menguruskan BP11 berdasarkan kelulusan peruntukan untuk semua fasiliti
  9. Menyelaras Aktiviti Teknologi Maklumat & Informatik
    1. Media Sosial – Akaun Twitter ”ubatohubat” & Facebook ”Sahabat Farmasi”
    2. Pengurusan Portal Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
    3. Mesyuarat JK ICT Farmasi
    4. Pencapaian PhIS negeri Melaka
  10. Menyelaras Aktiviti Perolehan & Kewangan
    1. Pengurusan Emolumen
    2. Pengurusan Perolehan Bekalan / Perkhidmatan / Kerja
    3. Pengurusan Pembayaran
    4. Pengurusan Terimaan
    5. Pengurusan Kewangan Am
    6. Pengurusan Akaun
    7. Penyediaan Laporan Bulanan
Bahagian Perkhidmatan Farmasi      Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi     Cawangan Penguatkuasa Farmasi 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 17-09-2019 :: 11:05 AM