Soalan Lazim
Pergigian
Masa yang ideal bagi lawatan pergigian pertama anak anda ialah sebelum ulang tahun pertama atau kedua. Selain pemeriksaan pergigian, doktor gigi akan mengajar anda teknik yang betul untuk membersihkan gigi anak anda serta menilai sekiranya ada tabiat negatif seperti menghisap ibu jari. Anda juga dapat membina tabiat penjagaan gigi yang baik sepanjang hayat.
Rawatan sapuan varnish fluorida adalah rawatan pencegahan kepada semua kategori umur dengan keutamaan diberikan kepada kanak-kanak todler, prasekolah dan sekolah rendah. Sapuan ini selamat digunakan kecuali kepada mereka yang mempunyai alahan dan penyakit asma.
Sentiasalah bercerita kepada anak tentang kebaikan memberus gigi. Gunakan media sosial, aplikasi interaktif yang menarik atau kartun untuk bercerita kepada anak. Jadikan ia sebagai rutin yang menyeronokkan untuk mereka. Biarkan mereka memegang berus gigi atau ubat gigi sendiri supaya mereka mengetahui bahawa berus gigi dan ubat gigi adalah selamat untuk mereka.
Tabiat menghisap jari tidak bagus untuk pertumbuhan gigi. Kanak-kanak sepatutnya berhenti menghisap ibu jari semasa gigi kekal sedang tumbuh. Biasanya, kanak-kanak berhenti ketika berumur di antara dua dan empat tahun. Menghisap ibu jari sehingga berumur enam tahun boleh menyebabkan keadaan gigi yang tidak teratur. Sila bawa anak anda berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan nasihat yang sesuai. Jika tabiat sukar diubah, doktor akan memberi sejenis alat khas untuk membantu menghentikan tabiat tersebut.
Jika gigi kekal terhantuk keluar (dari soketnya) secara tidak sengaja, adalah penting untuk mengetahui langkah-langkah menyelamatkan gigi tersebut. Tindakan pantas boleh meningkatkan peluang untuk menyelamatkan gigi tersebut:
- Cari gigi tersebut. Pastikan gigi tersebut dipegang di bahagian koronanya, bukan pada akar gigi.
- Bilas gigi tersebut dengan air yang mengalir secara berhati-hati bagi membersihkan kotoran.
- Masukkan gigi tersebut kembali ke dalam soket. Pastikan gigi tersebut diletakkan menghala ke arah yang betul. Pegang gigi pada tempatnya dengan berhati-hati dengan menggigit pada sapu tangan yang bersih.
- Jika anda tidak boleh masukkan semula gigi tersebut pada soket, simpan gigi tersebut dalam susu segar, air liur atau cecair salina (saline) normal. Jangan biarkan gigi menjadi kering.
- Dapatkan rawatan di klinik gigi dengan segera.
Ya, Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka akan menganjurkan kursus untuk pengendali tadika setiap tahun dan menjemput para guru untuk turut serta secara percuma.
Gigi geraham ketiga atau lebih dikenali sebagai gigi geraham bongsu merupakan gigi yang terakhir akan tumbuh di dalam mulut manusia, biasanya sekitar umur 18-25 tahun. Oleh itu, gigi geraham bongsu sering tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk tumbuh secara normal di dalam mulut, menyebabkan keadaan terimpak. Gigi geraham bongsu terimpak boleh menyebabkan beberapa masalah seperti:
- Kesukaran untuk membersihkan kawasan gigi tersebut menyebabkan gigi berlubang (karies)
- Sakit dan bengkak gusi berulangan
- Penyakit periodontal
- Jangkitan kuman yang serius menyebabkan kebengkakan muka dan kesukaran membuka mulut
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor gigi anda sekiranya anda mengalami masalah yang dinyatakan di atas. Gigi geraham bongsu terimpak dengan masalah yang berulang adalah disarankan untuk dicabut melalui pembedahan kecil.
Kepatahan pada bahagian tulang muka dan rahang terjadi akibat trauma seperti kemalangan jalan raya, serangan fizikal, jatuh, kecederaan sukan, dan lain-lain. Berikutan episod trauma, kepatahan tulang rahang disyaki terjadi apabila berlakunya:
- Kebengkakan dan sakit pada bahagian muka
- Bukaan mulut yang terhad dan sakit apabila membuka mulut
- Gigitan tidak sama seperti sebelum trauma
- Kesukaran untuk mengunyah
- Kebas pada kawasan yang cedera seperti pipi, bibir, dagu atau lidah
- Pendarahan di dalam mulut
Kepatahan tulang rahang perlu dirawat bagi mengelakkan jangkitan dan memulihkan fungsi rahang. Doktor akan mengesyorkan rawatan yang sesuai berdasarkan jenis dan tahap keseriusan. Untuk kepatahan rahang yang ringan, doktor boleh memasang dawai pada gigi atas dan bawah untuk mengekalkan kedudukan rahang pada posisi yang betul, dan perlu dipakai dalam tempoh 4-6 minggu. Sepanjang tempoh ini, pesakit boleh mengambil makanan dalam bentuk cecair dengan menggunakan penyedut minuman sahaja. Untuk kepatahan yang lebih serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan bahagian rahang yang patah dan kemudiannya ditetapkan menggunakan plat dan skru titanium. Sepanjang tempoh penyembuhan, adalah penting untuk mengelakkan sebarang kecederaan semula pada rahang tersebut. Pesakit perlu mengambil ubat tahan sakit seperti yang diarahkan dan melengkapkan dos antibiotik sekiranya ada. Ikut nasihat doktor berkaitan makanan yang boleh diambil semasa tempoh tersebut.
Kanser mulut boleh terjadi pada bibir, lidah, pipi, gusi, lelangit dan lantai mulut. Tanda-tanda awal kanser mulut termasuklah:
- Ulser di dalam mulut yang tidak sembuh selepas 2 minggu
- Tompok-tompok putih dan/atau tompok merah
- Benjolan/bengkak pada mana-mana bahagian mulut/muka dan leher
- Ketulan di leher melebihi 3 minggu
- Kesukaran untuk menelan, bercakap dan mengunyah
- Kebas di kawasan lidah atau bahagian lain mulut
- Sakit tekak, serak atau perubahan suara (garau) lebih daripada 6 minggu
- Bengkak rahang menyebabkan gigi palsu tidak dapat dipakai
- Berlaku pendarahan, sakit dan susut berat badan
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda atau gejala seperti di atas, sila berjumpa dengan doktor gigi anda dengan segera untuk pemeriksaan lanjut.
Pesakit perlu mendapatkan surat rujukan daripada klinik pergigian kerajaan, swasta atau hospital.
Penyakit gusi boleh terjadi di semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Penyakit gusi akan menjadi lebih teruk sekiranya tidak dikesan dan dirawat di peringkat awal.
Gusi menyusut adalah penurunan paras gusi yang mengakibatkan pendedahan bahagian akar gigi dan menyebabkan gigi kelihatan panjang.
Punca gusi menyusut adalah:
- kesan akibat penyakit gusi (punca utama)
- trauma kepada gigi melalui pemberusan gigi yang tidak betul
- maloklusi
- gigi palsu
- rawatan pendakap gigi
Gigi bergoyang biasanya disebabkan oleh penyakit gusi peringkat lanjut iaitu periodontitis yang telah merebak ke tulang dan gentian sokongan gigi. Selain itu, kecederaan pada gigi serta ketumbuhan pada gusi juga boleh menyebabkan gigi bergoyang. Oleh itu, adalah disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan gigi dan saringan gusi sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengelakkan masalah ini berlaku.
Ikon gigi akan mendapat keutamaan ketika mendapatkan perkhidmatan kesihatan pergigian. Selain itu, mereka akan dijemput untuk menyertai program promosi yang dianjurkan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka. Mereka juga berpeluang untuk menunjukkan bakat dan kreativiti dalam pertandingan yang dianjurkan semasa konvensyen iGG yang berlangsung 2 tahun sekali. Bagi mereka yang berminat, boleh hadir di mana-mana klinik pergigian kerajaan di negeri Melaka untuk mendapatkan maklumat berkenaan program iGG.
Gigi yang telah dicabut sebaiknya diganti untuk mengekalkan fungsi pengunyahan, pertuturan dan juga penampilan. Penggantian gigi juga penting untuk menghalang gigi yang bersebelahan atau bertentangan bergerak mengisi ruang yang kosong. Walau bagaimanapun, rawatan bergantung kepada penilaian oleh doktor gigi.
Bayaran asas bagi rawatan pendakap gigi (untuk aplians tetap atas dan bawah) adalah sebanyak RM1200, manakala untuk aplians boleh tanggal adalah RM100-200. Terdapat bayaran tambahan untuk pembaikan/penggantian aplians yang rosak/hilang.
Tempoh masa menunggu untuk mendapatkan rawatan pendakap gigi adalah bergantung kepada jumlah pesakit di dalam senarai menunggu. Namun begitu, kes yang memerlukan rawatan segera atau rawatan interseptif akan diutamakan.
Kajian mendapati bahawa lebih separuh daripada perokok semasa di seluruh dunia telah mula merokok pada usia muda. Merokok pada usia yang muda meningkatkan kemungkinan seseorang untuk kekal perokok sehingga dewasa dan mengurangkan kecenderungan untuk berhenti merokok. Oleh itu, BKPNM meneruskan inisiatif Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani isu ini dengan pelaksanaan Program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Rokok (KOTAK) sebagai inisiatif strategik pencegahan dan intervensi merokok dalam kalangan murid-murid sekolah. Program ini merupakan kerjasama di antara Program Kesihatan Pergigian, Bahagian Kawalan Penyakit dan Kementerian Pendidikan Malaysia dan diperkenalkan pada tahun 2016.
Rawatan pendakap gigi di klinik pergigian kerajaan memberi keutamaan kepada mereka yang berusia 18 tahun dan ke bawah. Setiap pesakit yang ingin mendapatkan rawatan ini akan diperiksa oleh mana-mana pegawai pergigian terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada Pakar Ortodontik. Syarat-syarat yang berikut perlu dipenuhi sebelum seseorang boleh dirujuk ke Klinik Pakar Ortodontik:
- Penilaian keperluan rawatan ortodontik
- Kebersihan mulut yang baik
- mempunyai motivasi dan tahap kerjasama yang tinggi terhadap rawatan pendakap gigi.
Pengurusan
i) Berjaya menjalani tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
ii) Hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus;
iii) Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
iv) Mendapat sokongan atau diperakukan oleh Ketua Jabatan.
dan dokumen yang diperlukan adalah :
i) Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Jadual Ketiga P.U. (A) 176);
ii) Borang Opsyen bagi skim KWSP mengikut subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 (Jadual Kelima P.U. (A) 176); dan
iii) Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dengan catatan:
a) Hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus;
b) Keputusan peperiksaan yang disyaratkan ;
c) Pelanjutan tempoh percubaan (jika berkenaan); dan
d) Keputusan tatatertib (jika berkenaan).
Seseorang pegawai awam layak untuk disahkan dalam perkhidmatan setelah:
- Berjaya menjalani tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
- Hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus;
- Lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
- Mendapat sokongan atau diperakukan oleh Ketua Jabatan.
Dokumen yang diperlukan adalah:
- Borang perakuan pengesahan dalam perkhidmatan (Jadual Ketiga P.U. (A) 176);
- Borang Opsyen bagi skim KWSP mengikut subseksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 (Jadual Kelima P.U. (A) 176); dan
- Kenyataan Perkhidmatan kemaskini dengan catatan:
- hadir dengan jayanya kursus Induksi Umum dan Khusus;
- keputusan peperiksaan yang disyaratkan ;
- pelanjutan tempoh percubaan (jika berkenaan); dan
- keputusan tatatertib (jika berkenaan).
Ya. Pegawai yang diluluskan oleh Ketua Jabatan untuk bertukar atas permohonan sendiri layak dipertimbangkan bayaran perpindahan dan pertukaran sekiranya pertukaran dan perpindahan tersebut memenuhi salah satu daripada syarat berikut :
a. telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di stesen berkenaan atau 3 tahun di kawasan hidup susah; atau
b. bagi mengikuti suami/isteri yang telah bertukar terlebih dahulu dengan syarat pegawai telah berkhidmat melebihi setahun di pejabat terakhirnya; atau
c. atas sebab-sebab kesihatan pegawai atau ahli keluarga (suami / isteri / anak-anak) dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau
d. bagi menjaga ibu / bapa yang uzur yang memerlukan jagaan rapi dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau
e. atas sebab-sebab ketidaksesuaian penempatan berdasarkan kepakaran ilmiah atau keadaan serba salah yang boleh memudaratkan pegawai
a. telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di stesen berkenaan atau 3 tahun di kawasan hidup susah; atau
b. bagi mengikuti suami/isteri yang telah bertukar terlebih dahulu dengan syarat pegawai telah berkhidmat melebihi setahun di pejabat terakhirnya; atau
c. atas sebab-sebab kesihatan pegawai atau ahli keluarga (suami / isteri / anak-anak) dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau
d. bagi menjaga ibu / bapa yang uzur yang memerlukan jagaan rapi dan ia perlu pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan; atau
e. atas sebab-sebab ketidaksesuaian penempatan berdasarkan kepakaran ilmiah atau keadaan serba salah yang boleh memudaratkan pegawai
Pegawai yang bertukar wilayah boleh memilih sama ada menerima Elaun Perumahan Wilayah (EPW) atau Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dengan menggunakan Borang JPA (EPW) yang terdapat di dalam PP Bil. 11 Tahun 2001. Borang tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan.
Dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan lantikan adalah:
- Surat setuju terima pelantikan (6A),
- Surat akuan sumpah (6B),
- Surat aku janji,
- Surat akuan doktor,
- Penyata perubahan (kewangan 8); dan
- Sijil tapisan keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan.
i) Cuti Rehat
ii) Cuti Separuh Gaji
iii) Cuti Tanpa Gaji
Manakala bagi kelayakan jenis Cuti Atas Sebab Perubatan adalah seperti berikut:
i) Cuti Sakit
ii) Cuti Sakit Lanjutan
iii) Cuti Pemulihan dan Cuti Kuarantin
iv) Cuti Bersalin
v) Cuti Kecederaan
vi) Cuti Tibi. Kusta dan Barah
(i) tempoh permohonan;
(ii) tempoh perkhidmatan;
(iii) tempat berkhidmat;
(iv) status rekod perkhidmatan;
(v) bilangan anak;
(vi) jarak tempat kerja suami/isteri;
(vii) masalah kesihatan suami/isteri/anak/ibu bapa; dan
(viii) sokongan Ketua Jabatan.
Sehubungan itu, permohonan pertukaran puan adalah masih sah selagi ianya tidak tamat tempoh dan keputusan berhubung permohonan pertukaran puan akan dimaklumkan kepada pihak puan melalui Ketua Jabatan sekiranya diluluskan oleh JKPP JKNM setelah mengambilkira asas-asas pertimbangan yang dinyatakan di para 3 di atas dan juga atas faktor kepentingan perkhidmatan jabatan.
i) Bayaran Insentif Wilayah (BIW)
ii) Elaun Perumahan Wilayah
iii) Elaun Gangguan (EG)
iv) Tambang Mengunjungi Wilayah Asal (TMWA)
v) Tambang Ehsan (TE)
vi) Tambang Mengiringi Jenazah kepada keluarga pegawai yang bertukar wilayah
Ubat generik pula adalah ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama dengan ubat innovator/berjenama. Bahan aktif adalah bahan kimia yang memberikan kesan pengubatan dalam sesuatu jenis ubat. Dalam erti kata lain, kesan farmakologi ubat generik adalah sama seperti ubat innovator/berjenama. Ubat generik dihasilkan setelah paten sesuatu ubat innovator tamat ataupun apabila sesuatu ubat tidak ada perlindungan paten. Walau bagaimanapun ubat generik mungkin kelihatan sedikit berbeza kerana bahan-bahan yang tidak aktif seperti pewarna dan perasa yang mungkin berbeza daripada ubat innovator. Bahan-bahan ini tidak memberi kesan kepada keselamatan, keberkesanan dan prestasi ubat generik. (Petikan dari http://www.myhealth.gov.my).
Sebenarnya, kos untuk membangunkan sesuatu jenis ubat baru (innovator) memerlukan pelaburan wang yang besar bagi tujuan penyelidikan, pembangunan, pemasaran dan promosi ubat tersebut.
Penghasilan ubat-ubat generik tidak melibatkan kos penyelidikan dan pembangunan dari awal, maka kos yang dilaburkan adalah jauh lebih rendah berbanding ubat innovator. Apabila terdapat banyak syarikat berlumba-lumba mengeluarkan dan menjual ubat generik yang sama, persaingan di antara mereka juga boleh menyumbang kepada harga yang lebih kompetetif. . (Petikan dari http://www.myhealth.gov.my).
Antara faktor-faktor risiko tersebut adalah penagih dadah yang menggunak jarum, mendapatkan perkhidmatan seks dari pelacur atau mereka yang berisiko, mengamalkan gaya hidup seperti Lesbian dan GAY , pasangan mereka yang dijangkiti HIV dan mereka yang terdedah luka kepada mereka yang dijangkiti HIV.
Buat masa ini masih belum ada vaksin yang dapat dicipta. Walaubagaimanapun, beberapa syarikat sedang membuat kajian dalam pengujudan vaksin denggi.
Buat masa ini masih belum ada vaksin yang dapat dicipta. Walaubagaimanapun, beberapa syarikat sedang membuat kajian dalam pengujudan vaksin denggi.
Klinik Kesihatan Pekerjaan beroperasi hanya sekali seminggu iaitu pada setiap hari Rabu dari pukul 8.00pagi hingga 5.00 petang. Ianya dikendalikan oleh pegawai perubatan yang terlatih dalam bidang kesihatan pekerjaan.
Semburan kabus hanya akan membunuh nyamuk dewasa. Ia tidak akan membunuh telur dan larva aedes. Telur akan menetas menjadi larva dan larva akan menjadi dewasa hanya dalam masa 1 minggu. Oleh itu, jalan yang terbaik adalah mencari dan memusnahkan semua tempat pembiakan nyamuk aedes disekitar rumah kita. Jika tempat tersebut tidak boleh dimusnahkan, gunalah ubat jentik-jentik seperti abate untuk mebunuh jentik-jentik. Jika semua orang menjalankan aktiviti cari dan musnah setipa minggu, demam denggi tidak lagi akan menjadi masalah utama kita.
Klinik Kesihatan Pekerjaan terletak di klinik Kesihatan Ayer Keroh dan telah beroperasi sejak tahun 2003.
Kami tidak boleh memberi sebarang saranan dalam pemilihan makanan tambahan terbaik seperti mana yang anda mahukan. Lagi pun kami tidak mempunyai jaminan dalam sebarang produk makanan atau jenama makanan tambahan.
Di Malaysia, produk makanan yang dijual di pasaran mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Seperti mana yang diketahui, pengambilan gula yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan. Tetapi kita tidak punya pilihan lain. Di Negara Jepun, saya boleh mendapatkan minuman ringan yang mengandungi 19kkal sahaja. Di Negara lain, MILO telah dijual tanpa campuran gula, malah gula boleh ditambah mengikut citarasa pengguna. Pertamanya, suka untuk saya sarankan kepada kementerian berkenaan agar mangambil langkah-langkah untuk mempromosi produk makanan atau minuman yang mengandungi kurang gula.
Perkara kedua, saya ingin tahu mengenai produk kesihatan yang boleh ditambahkan di dalam susu pesakit diabetic atau jantung. Minuman bermalt yang asli sangat bagus, tetapi apa yang didapati di pasaran mengandungi tinggi gula.
Jawapan
Terima kasih di atas cadangan anda yang sangat bernas. Sebenarnya, Kementeriaan Kesihatan Malaysia telah pun bekerjasama dengan persatuan industry berkenaan dalam mempromosi pengeluaran makanan dan minuman yang mengandungi kurang gula. Anda harus ingat bahawa, pengambilan makanan lain yang mengandungi gula tersembunyi turut mempengaruhi jumlah keseluruhan gula yang diambil dalam sehari. Selain daripada itu, pembakaran kalori dengan meningkatkan aktiviti fizikal juga sangat penting.
Tiada makanan kesihatan mahupun produk khusus untuk pesakit diabetic dan pesakit jantung. Mereka boleh juga mengamalkan makanan yang biasa, seperti panduan Piramid Makanan. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat terperinci daripada Pakar Pemakanan.
Bagi mengurangkan risiko bayi anda terdedah pada ubat-ubatan, anda haruslah memberitahu doktor dan ahli farmasi bahawa anda menyusukan anak setiap kali mendapatkan rawatan.
Bergantung kepada keadaan, anda mungkin dinasihati untuk:
- memberhentikan sementara pengambilan ubat-ubatan yang tidak menjadi keperluan
- menangguhkan penyusuan susu badan buat sementara waktu jika perlu
- mengambil ubat segera selepas menyusukan anak bagi memastikan kesan ubat berada pada tahap paling rendah untuk penyusuan akan datang
- mengambil ubat sebelum waktu tidur bayi yang panjang.
Pastikan anak diperiksa selalu bagi mengesan kesan sampingan yang mungkin berlaku.
(Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/ubat-a-anda/umum/penyusuan-a-ubat)
Tempoh pendaftaran premis makanan adalah sah untuk 3 TAHUN dan perlu diperbaharui.
Pemilik perniagaan atau wakil boleh mendaftarkan premis makanan melalui salah satu cara tersebut :
- menggunakan aplikasi atas talian yang beralamat di http://fosimdomestic.moh.gov.my/
- memuat turun Borang Pendaftaran Premis Makanan di laman web http://fsq.moh.gov.my/
- mendaftar premis makanan di Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran
Untuk makluman, aktiviti fogging dari pihak Jabatan Kesihatan hanya akan dijalankan sekiranya terdapat kes atau berlakunya wabak denggi di sesuatu kawasan. Ini kerana semburan kabus (fogging) tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana semburan diutamakan untuk memutuskan rantaian jangkitan di kawasan yang disahkan mempunyai pesakit denggi. Semburan di kawasan kediaman pesakit juga tidak dilakukan secara kerap supaya tidak menjadi imun kepada racun yang digunakan. Pihak puan juga dinasihati untuk menghapuskan punca pembiakan nyamuk dengan menjaga kebersihan kawasan rumah dan sekeliling. Selain itu puan juga disyorkan untuk menjalankan semburan aerosol pada waktu pagi dan lewat petang bagi menangani masalah nyamuk di rumah
Untuk makluman tuan/puan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2012 Bahagian V, dokumen wajib yang perlu dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi tujuan pengesahan lantikan adalah seperti berikut :
i) Surat setuju terima pelantikan (6A),
ii) Surat akuan sumpah (6B),
iii) Surat aku janji,
iv) Surat akuan doktor,
v) Penyata perubahan (kewangan 8); dan
vi) Sijil tapisan keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan.
Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah layak diberi elaun dan kemudahan seperti berikut :-
i) Bayaran Insentif Wilayah (BIW)
ii) Elaun Perumahan Wilayah
iii) Elaun Gangguan (EG)
iv) Tambang Mengunjungi Wilayah Asal (TMWA)
v) Tambang Ehsan (TE)
vi) Tambang Mengiringi Jenazah kepada keluarga pegawai yang bertukar wilayah
Dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan lantikan adalah:
- Surat setuju terima pelantikan (6A),
- Surat akuan sumpah (6B),
- Surat aku janji,
- Surat akuan doktor,
- Penyata perubahan (kewangan 8); dan
- Sijil tapisan keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan.
Boleh, dari rumah kediaman ke tempat pegawai diarah bertugas seperti di perenggan 13, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.
Ya. myPortfolio perlu disediakan bagi semua anggota bedasarkan perjawatan
i) Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
ii) Sekiranya tiada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan, pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun boleh diperakukan; dan
iii) Keutamaan untuk penanggungan kerja hendaklah diberi kepada pegawai yang paling layak dari segi pengalaman, kelayakan, kemahiran, kepakaran dan berprestasi baik.
Nota : Penjelasan lanjut berhubung urusan Penanggungan Kerja boleh dirujuk dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007
- Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat ataupun dicapai oleh kanak-kanak.
- Simpan ubat di dalam kabinet atau laci berkunci.
- Simpan ubat dalam bekas asal dan pastikan label pada bekas adalah jelas. Kestabilan ubat-ubatan tertentu akan terjejas sekiranya ia disimpan dalam bekas selain daripada yang telah dikhaskan untuk produk tersebut. Label pula mengandungi informasi penting mengenai cara pengambilan ubat yang betul.
- Simpan ubat jauh daripada cahaya dan suhu tinggi.
- Simpan ubat di tempat yang dingin dan kering. Jangan simpan ubat kapsul atau tablet di dalam bilik mandi, berdekatan dengan sinki dapur, ataupun di tempat yang lembap. Simpan ubat anda di tempat yang sesuai seperti bilik tetamu atau bilik tidur. Ini adalah kerana kepanasan dan kelembapan boleh menyebabkan ubat rosak. Kapas di dalam bekas ubat harus dibuangkan selepas bekas dibuka untuk mengelakkan kelembapan berkumpul di dalam bekas ubat.
(Petikan dari http://www.myhealth.gov.my).
(Petikan dari http://www.myhealth.gov.my).
- Kegunaan ubat yang diambil
- Bagaimana ubat perlu diambil atau diguna
- Berapa dos ubat perlu diambil
- Waktu untuk mengambil ubat anda
- Berapa lama ubat seharusnya diambil
- Tarikh luput ubat-ubatan
Pihak tuan boleh melakukan saringan HIV tanpa nama di semua klinik Kesihatan seluruh Melaka di mana kami akan menjalankan ujian tersebut tanpa mengambil biodata tuan. Keputusan akan diberitahu segera dan kaunseling akan diberikan sebelum dan selepas ujian dibuat.
Mereka akan perlu menjalani ujian pengesahan dan mereka akan dirujuk kepada doktor pakar di hospital atau klinik kerajaan. Pada masa ini hanya rawatan barisan pertama sahaja akan diberikan percuma kepada pesakit Warga Malaysia.
Kadar upah PSH ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan akademik yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan. Kadar upah adalah berdasarkan kelayakan akademik seperti berikut :
Kelayakan Akademik | Kadar Upah (RM/Sehari) |
Ijazah Sarjana Muda | RM 100.00 |
Sijil Tinggi Pelajaran (STPM) / Diploma | RM 72.00 |
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | RM 54.00 |
Perubatan
Kad Kebajikan Masyarakat / Kad Orang Kuarng Upaya (OKU)/ Kad Pencen / Surat Pengesahan (GL) bagi kakitangan kerajaan dan surat sekolah.
Kes-kes yang ditakrifkan sebagai 'Kes Kecemasan' yang perlu untuk hadir ke Jabatan Kecemasan adalah kes-kes seperti kemalangan (jalan raya, tempat kerja, domestik), serangan lelah, serangan jantung, pengsan, kes gigitan ular, kebakaran, sawan, keracunan makanan, sakit perut yang teruk dan kes-kes pendarahan teruk.
Pesakit perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan mengikut keadaan dan jenis penyakit.
Farmasi
Ubat berdaftar adalah ubat yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tujuan penggunaan dan jualannya di Malaysia. Produk ini telah dianalisa dan diuji akan kualiti serta keselamatannya. Setiap ubat yang telah berdaftar akan diberi nombor pendaftaran dan pelekat hologram yang tulen. Orang ramai dinasihatkan supaya jangan menggunakan ubat yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan kerana banyak berlaku kesan sampingan yang tidak diingini
SPUB adalah singkatan untuk Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu. Melalui sistem ini pesakit boleh mengambil ubat di fasiliti kesihatan yang berhampiran dengan tempat tinggalnya.
Untuk mendapatkan perkhidmatan SPUB, pesakit perlu memberitahu petugas di kaunter farmasi dimana beliau menerima rawatan. Bekalan ubat pertama akan diberi di kaunter farmasi dimana beliau menerima rawatan dan bekalan baki ubat seterusnya boleh didapati menerusi SPUB.
Penggunaan Logo halal adalah dibolehkan untuk produk kosmetik, dengan syarat mendapat persijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Jakim. Walau bagaimanapun, penggunaan logo halal ini bergantung kepada permohonan sijil oleh pihak pengilang/pengedar dan bukan merupakan keperluan mandatori.
Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1Malaysia) adalah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit di seluruh Malaysia melalui PosLaju dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. UMP 1Malaysia merupakan salah satu daripada perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk kemudahan pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan mereka.
Perkhidmatan ini ditawarkan bagi kiriman ubat pesakit di dalam lingkungan liputan PosLaju di Malaysia dan boleh diperolehi di kebanyakan Hospital Utama di setiap negeri
Pesakit
- Patuh dan faham mengenai terapi pengubatan
- Faham cara penggunaan dan pengambilan ubat
- Stabil
Preskripsi
- Susulan
- Penyakit kronik
- Bekalan ubat kali pertama di kaunter farmasi
- Tempoh melebihi 1 bulan
Ubat
- bentuk dos tablet / kapsul
- tidak memerlukan penyimpanan khusus
- bukan jenis psikotropik
- tidak dibekalkan secara berasingan
- Simpan ubat di tempat yang tidak dapat dilihat ataupun dicapai oleh kanak-kanak.
- Simpan ubat di dalam kabinet atau laci berkunci.
- Simpan ubat dalam bekas asal dan pastikan label pada bekas adalah jelas. Kestabilan ubat-ubatan tertentu akan terjejas sekiranya ia disimpan dalam bekas selain daripada yang telah dikhaskan untuk produk tersebut. Label pula mengandungi informasi penting mengenai cara pengambilan ubat yang betul.
- Simpan ubat jauh daripada cahaya dan suhu tinggi.
- Simpan ubat di tempat yang dingin dan kering. Jangan simpan ubat kapsul atau tablet di dalam bilik mandi, berdekatan dengan sinki dapur, ataupun di tempat yang lembap. Simpan ubat anda di tempat yang sesuai seperti bilik tetamu atau bilik tidur. Ini adalah kerana kepanasan dan kelembapan boleh menyebabkan ubat rosak. Kapas di dalam bekas ubat harus dibuangkan selepas bekas dibuka untuk mengelakkan kelembapan berkumpul di dalam bekas ubat.
(Petikan dari http://www.myhealth.gov.my).
Ubat yang rosak atau tidak diperlukan lagi perlu dibuang secara sistematik dan selamat. Terdapat 3 Langkah Bijak Dalam Pengendalian Ubat-ubatan Yang Tidak Diperlukan :
- Langkah 1 : Asingkan ubat-ubatan yang telah melepasi tarikh luput, ubat yang tidak digunakan lagi, ubat yang rosak, berubah bentuk fizikal dan warna serta ubat yang disimpan dalam bekas yang kurang jelas labelnya. Masukkan ubat-ubatan yang telah diasingkan ke dalam bekas yang bersesuaian contohnya kotak atau beg kertas.
- Langkah 2 : Bawa ubat tersebut ke farmasi hospital dan klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
- Langkah3 : Syorkan kepada saudara mara, kawan serta jiran anda berkenaan program pemulangan ubat ini.
Ubat hanya berfungsi jika anda mengambilnya dengan cara yang betul. Setiap ubat berbeza cara makannya, sama ada sebelum, selepas ataupun bagi sesetengah ubat boleh diambil sebelum atau selepas makan. Sila baca maklumat yang terdapat pada risalah maklumat ubat atau pada label ubat mengenai cara makan ubat yang betul. Anda juga boleh bertanya kepada ahli Farmasi atau doktor anda.
Biasanya ubat perlu dimakan pada masa yang sama setiap hari. Ia juga akan menjadi lebih mudah jika ubat-ubatan diambil bersama-sama dengan aktiviti harian yang biasa dijalankan setiap hari. Sebagai contoh, mengambil ubat-ubatan sebelum atau selepas sarapan pagi, waktu makan tengahari atau sebelum tidur, mengikut jarak masa yang ditetapkan.
Kesan advers ubat ataupun kesan sampingan ubat merupakan simptom yang tidak diingini yang berlaku akibat penggunaan sesuatu ubat termasuk suplemen kesihatan, ubat tradisional dan kosmetik. Kesan sampingan adalah pelbagai. Sesetengah ubat mengakibatkan kesan sampingan yang ringan seperti kegatalan ringan pada kulit, loya dan muntah manakala kesan sampingan yang lebih serius seperti kerosakan hati dan kegagalan jantung juga boleh terjadi. Kesan sampingan boleh berlaku dalam tempoh masa yang singkat selepas pengambilan ubat-ubatan atau selepas penggunaan untuk jangka masa yang panjang.
Terdapat dua cara untuk melaporkan kesan sampingan ubat-ubatan :
- Melaporkannya kepada pengamal perubatan atau Ahli Farmasi di mana ubat itu diperolehi.
- Melaporkan kepada Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan yang bertempat di BPFK. Laporan boleh dibuat melalui telefon atau mengisi Borang Laporan Aduan Ubat-ubatan yang boleh diperolehi melalui laman sesawang BPFK, www.bpfk.gov.my , di bawah subseksyen MADRAC.
Kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik hilang keupayaan untuk membunuh bakteria. Oleh itu antibiotik tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan bakteria. Kerintangan terhadap antibiotik terjadi apabila bakteria mengubah dirinya sebagai cara untuk mengurangkan atau menghapuskan keberkesanan antibiotik. Kerintangan antibiotik adalah disebabkan oleh penggunaan antibiotik yang berlebihan dan tidak tepat contohnya merawat jangkitan yang disebabkan oleh virus dengan antibiotik. Kebanyakkan jangkitan bahagian atas salur pernafasan (URTI) seperti sakit tekak dan batuk biasa, sebenarnya tidak memerlukan antibiotik untuk rawatan.
Ubat-ubat tertentu boleh memberi kesan buruk ke atas janin pada bila-bila masa semasa mengandung. Sekiranya anda mengandung, ataupun merancang untuk hamil, anda haruslah mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dan juga sebarang ramuan herba yang boleh dibeli di pasaran. Sesetengah ubat adalah selamat digunakan manakala ada juga yang tidak selamat. Adalah sangat mustahak untuk anda mendapatkan nasihat daripada anggota profesional perubatan sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan.
Mulai 15 Februari 2012, kerajaan telah melantik Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. melalui tender terbuka bagi melaksanakan pembiayaan ubat dan peralatan perubatan yang dibekalkan kepada Pesara Awam Persekutuan melalui Electronic Medical Automation Supply System (e-MASS). Melalui e-MASS, Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. merupakan perantara di antara JPA dengan Pesara Awam Persekutuan bagi mendapatkan bekalan ubat dan peralatan perubatan yang tidak dapat dibekalkan/disediakan oleh hospital/klinik Kerajaan.
Dengan pelaksanaan e-MASS, Pesara Awam Persekutuan boleh mendapatkan bekalan ubat/peralatan perubatan di hospital/klinik/farmasi/agensi swasta yang berdaftar dengan Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. tanpa membuat sebarang bayaran (tertakluk kepada syarat-syarat). Pesara Awam Persekutuan boleh mendapatkan bekalan ubat/peralatan perubatan melalui kaedah-kaedah seperti berikut :
- Datang terus ke hospital/klinik/farmasi/agensi swasta yang berdaftar dengan Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd.;
- Menghubungi Call Centre yang disediakan dan penghantaran akan dibuat secara terus oleh Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. kepada Pesara Awam Persekutuan atau hospital; atau
- Membuat tempahan melalui laman web e-MASS dan penghantaran akan dibuat secara terus oleh Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. kepada Pesara Awam Persekutuan atau hospital.
Senarai hospital/klinik/farmasi/agensi swasta yang berdaftar dengan Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. boleh diperolehi melalui laman web www.oratis.com.my
Selaras dengan pelaksanaan e-MASS, mulai 15 Mei 2012 JPA tidak akan menerima sebarang permohonan tuntutan bayaran balik perbelanjaan perubatan bagi pembelian ubat dan peralatan perubatan daripada Pesara. Syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. akan bertanggungjawab menguruskan pembekalan ubat dan peralatan perubatan kepada Pesara Awam Persekutuan dan kemudiannya menyalurkan tuntutan kepada JPA untuk membuat bayaran balik kepada rangkaian farmasi dan pembekal peralatan perubatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.jpapencen.gov.my/emass.html (Petikan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan)
Semua produk kecantikan atau kosmetik perlu mendapat notifikasi KKM. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara https://www.npra.gov.my atau di talian 03-7883 5400.
Bekalan sebulan diberikan supaya pegawai farmasi boleh sentiasa memantau tahap kepatuhan pesakit terhadap ubat dan sama ada pesakit mempunyai kesan sampingan setelah mengambil ubat. Di samping itu, kualiti ubatan juga lebih terjamin kerana cara penyimpanan ubat oleh pihak farmasi adalah dengan cara yang betul dan pada suhu yang bersesuaian. Ubat yang disimpan di rumah mungkin cepat rosak jika tidak disimpan dengan cara yang betul.
Ini juga sebagai langkah untuk mengurangkan pembaziran ubat. Didapati sesetengah pesakit mempunyai bekalan ubat yang berlebihan dan tidak digunakan serta akan dibuangkan apabila dibekalkan ubat melebihi sebulan. Ini disebabkan perubahan preskripsi/ ubat oleh doktor, pesakit meninggal dunia dan pesakit tidak serasi dengan ubat.
Ubat pesakit yang tinggal jauh atau mengalami kesulitan untuk mendapatkan ubat setiap bulan, anda boleh berbincang dengan pihak Farmasi untuk mendapatkan perkhidmatan SPUB atau perkhidmatan tambah nilai yang lain (contoh Pos).
Produk tersebut boleh diperiksa dengan melihat 2 ciri, iaitu nombor pendaftaran MAL dan pelekat hologram. Nombor pendaftaran bermula dengan huruf MAL, diikuti dengan 8 angka serta diakhiri oleh huruf (A/X/T/N). Contohnya MAL20211234T.
Contoh maksud huruf pada nombor pendaftaran mengikut kategori produk:
A= Racun berjadual
X= Racun tidak berjadual/ ubat am (OTC)
N= Suplemen kesihatan
T= Ubat tradisional
Produk kosmetik dimulai dengan NOT, diikuti 8 atau 9 angka dan diakhiri huruf K.
Muat turun aplikasi NPRA Product Status untuk semakan status pendaftaran produk atau layari https://www.npra.gov.my. Bagi semakan ketulenan pelekat hologram FarmaTag, muat turun aplikasi FarmaChecker.
Kesihatan Awam
Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit Tibi disebabkan oleh bakteria Mycobacterium Tuberculosis, yang kebiasaannya menyerang bahagian paru – paru manusia.
Penyakit ini merebak melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini akan terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.
- Kontak/Ahli keluarga kepada pesakit Tibi
- Pesakit Kencing Manis/ Diabetes Mellitus
- Pesakit HIV
- Pesakit buah pinggang yang sedang dalam rawatan dialisis
- Wargaemas berumur 60 tahun ke atas
- Mereka yang tinggal dalam persekitaran sesak contohnya penghuni penjara dan CCRC
- Pesakit paru-paru yang kronik
- Perokok tegar
Ujian pemeriksaan kahak AFB dan saringan X-ray dada boleh diperolehi di klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
- Dapatkan suntikan vaksinasi BCG untuk bayi yang baru lahir.
- Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya batuk berterusan melebihi seminggu.
- Semua kontak/ahli keluarga pesakit Tibi hendaklah membuat pemeriksaan saringan.
- Pastikan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana ianya boleh membunuh kuman Tibi.
- Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap.
- Amalkan cara hidup yang sihat dan makanan seimbang.
- Perlu mengamalkan etika batuk bagi mengelakkan tersebarnya kuman jangkitan.
Directly Observed Treatment (DOT) adalah kaedah rawatan penyakit Tibi di mana pesakit diselia secara langsung oleh penyelia terlatih apabila mengambil ubat-ubatan Tibi, bagi memastikan pesakit mengambil rawatan dengan sempurna sehingga sembuh.
Untuk makluman lanjut, sila layari:
http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Risalah/T/pdf/24_Ris_TB_Baru_BM.pdf
http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Risalah/T/pdf/33_tibi.pdf
http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Risalah/T/pdf/10_Ris_Tb_BM.pdf
Penyakit ini berjangkit / tersebar melalui titisan cecair yang tersebar di udara dari pesakit semasa mereka batuk atau bersin.
- Tompok-tompok putih atau kemerahan di kulit yang kurang sentuhan rasa, tidak gatal dan tidak berpeluh
- Jangkitan kronik menyebabkan penebalan cuping telinga dan kulit muka serta keguguran bulu kening
- Rasa kekebasan, kesemutan, pengurangan rasa dan kelemahan otot-otot tangan dan kaki
- Kecacatan tangan dan kaki
- Calitan torehan kulit
- Biopsi kulit
- Polymerase Chain Reaction (PCR)
Antara faktor-faktor risiko tersebut adalah penagih dadah yang menggunak jarum, mendapatkan perkhidmatan seks dari pelacur atau mereka yang berisiko, mengamalkan gaya hidup seperti Lesbian dan GAY , pasangan mereka yang dijangkiti HIV dan mereka yang terdedah luka kepada mereka yang dijangkiti HIV.
Klinik ini menjalankan pengawasan perubatan (medical surveillance) di kalangan anggota kesihatan yang berisiko dan juga merupakan klinik rujukan bagi kes – kes penyakit pekerjaan. Antara pemeriksaan yang di jalankan adalah ujian audiometric dan ujian spirometri.
Individu yang mempunyai tanda dan gejala berikut hendaklah menjalankan pemeriksaan di klinik kesihatan berhampiran:
- Batuk berterusan
- Batuk berdarah
- Kurang selera makan
- Susut berat badan
- Demam
- Berpeluh waktu malam
- Pernah terdedah kepada mana-mana pesakit Tibi sebelum ini
Sejenis penyakit berjangkit kronik yang disebabkan bakteria Mycobacterium Leprae yang menyerang kulit, membran mukosa dan saraf peripheral. Penyakit ini boleh menyebabkan kecacatan di kulit, mata, tangan dan kaki jika tidak dirawat.
Anggota keluarga dan sesiapa yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit hendaklah menjalani pemeriksaan bagi mengesan penyakit ini lebih awal. Ini dapat mengawal penyakit Kusta ini daripada terus merebak. Rawatan awal dapat mengurangkan atau mencegah komplikasi dan kecacatan. Diagnosa awal dan rawatan yang sempurna adalah cara terbaik mengawal penularan penyakit ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Risalah/K/pdf/47_kusta.pdf
Keselamatan dan Kualiti Makanan
- semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan
- semua premis makanan yang terlibat dalam katering dan katering makanan secara besar-besaran
- semua premis yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan makanan untuk dijual
- semua kenderaan yang dijadikan sebagai premis menjual makanan yang sedia untuk dimakan.
Anda wajib mendaftarkan premis dengan KKM selaras dengan Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Anda wajib mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan kerana menjalankan perniagaan katering termasuk dalam kategori premis yang perlu didaftarkan.
Anda tidak perlu mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan tetapi perlu mematuhi keperluan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Anda perlu mendaftar premis dalam kategori kenderaan yang dijadikan sebagai premis menjual makanan yang sedia untuk dimakan.
Seseorang itu adalah melakukan suatu kesalahan sekiranya gagal untuk mendaftarkan premisnya dan boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun.
Pendaftaran premis makanan melalui sistem FoSIM adalah PERCUMA
Anda perlu mendaftarkan setiap cawangan walaupun di bawah satu syarikat Keperluan ini selaras dengan peruntukan Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Anda perlu membuat pendaftaran premis dengan Kementerian Kesihatan di bawah kategori premis yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan makanan untuk dijual.
Pengguna sistem aplikasi FoSIM boleh menghantar email ke alamat domestichelpdesk@moh.gov.my sekiranya ada sebarang pertanyaan atau mengalami kesulitan untuk mendaftarkan premis makanan menggunakan sistem aplikasi ini.
Anda atau pihak sekolah atau wakil hendaklah mendaftarkan semua premis makanan yang terlibat dalam aktiviti penyediaan dan penjualan makanan.
Semua premis makanan perlu didaftarkan agar aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, penghantaran, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau penbungkusan semula apa-apa makanan itu dapat dijalankan seperti dinyatakan Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Hanya premis makanan yang terlibat dalam penyediaan, pemprosesan, penyimpanan dan penghidangan untuk tujuan jualan sahaja diwajibkan untuk didaftarkan.
Anda perlu mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan kerana menjalankan pembungkusan semula makanan termasuk dalam kategori premis yang perlu didaftarkan seperti dinyatakan Peraturan 3(1) di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.