Objektif

Secara umumnya, Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah di Malaysia bermula pada tahun 1948. Perkhidmatan ini disampaikan kepada murid sekolah melalui 3 kaedah penyampaian iaitu:

Fungsi

Klinik Pergigian Sekolah (KPS) adalah fasiliti pergigian di sekolah yang terletak di dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah atau menengah terpilih. Kebiasaannya KPS dibekalkan dengan kerusi pergigian serta peralatan-peralatan lain yang boleh berfungsi seperti sebuah klinik pergigian.

Klinik Pergigian Bergerak (KPB) mula berfungsi pada tahun 1950-an dan sehingga kini masih menjadi nadi kepada perkhidmatan pergigian khususnya dalam program outreach dengan bilangan 35 buah di seluruh negara. KPB adalah kenderaan khas yang diubahsuai dan dilengkapi dengan kerusi pergigian tetap serta peralatan-peralatan lain yang membolehkannya berfungsi sebagai sebuah klinik pergigian.

Pasukan Pergigian Bergerak (PPB) ialah pasukan yang terdiri daripada personel pergigian yang bergerak dari satu sekolah ke sekolah yang lain. PPB memberikan perkhidmatan pergigian di sekolah dengan menyediakan klinik pergigian sementara di bilik atau kawasan khas di sekolah dan menggunakan peralatan boleh alih seperti unit pergigian dan kerusi pergigian bergerak serta peralatan-peralatan lain yang sesuai. Apabila lawatan pergigian di sekolah tersebut telah selesai, PPB akan beralih ke sekolah lain berdasarkan jadual lawatan yang ditentukan. Pendekatan ini telah berjaya meningkatkan lagi liputan murid sekolah khususnya bagi sekolah di luar bandar. Kini, sebanyak 446 buah PPB telah diwujudkan bagi memberi perkhidmatan pergigian sekolah di sekolah rendah dan menengah.

Pada tahun 1985, perkhidmatan kesihatan pergigian sekolah dikembangkan dengan pengenalan konsep Penjagaan Pergigian Inkremental. Melalui konsep ini, penjagaan pergigian yang komprehensif dan sistematik diberikan kepada setiap murid sekolah pada setiap tahun dari Tahun 1 sehingga ke Tingkatan 5.

Perkhidmatan yang disediakan meliputi penjagaan pergigian asas seperti pemeriksaan pergigian, pendidikan kesihatan pergigian, pencegahan klinikal, tampalan gigi, cabutan gigi, penskaleran dan profilaksis, dan intervensi merokok. Sekiranya rawatan kompleks diperlukan seperti prostetik, endodontik, ortodontik dan pengurusan lesi patologi, murid tersebut akan dirujuk ke klinik pergigian untuk pengurusan lanjut. Perkhidmatan ini juga merangkumi aktiviti pendidikan kesihatan pergigian dan aktiviti promosi bagi mempertingkatkan pengetahuan penjagaan kesihatan pergigian murid.

Secara umumnya, perkhidmatan ini disampaikan oleh personel pergigian yang terdiri dari Pegawai Pergigian dan Juruterapi Pergigian dengan dibantu oleh Pembantu Pembedahan Pergigian, Pembantu Perawatan Kesihatan dan lain-lain anggota yang berkenaan.

© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara