Menjalankan risikan berdasarkan maklumat yang diterima/diperolehi.
Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang produk-produk tidak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi.
Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang racun, bahan psikotropik, bahan kimia dan ubat-ubat terkawal yang beroperasi tanpa lesen yang sah.
Fungsi
Mengendalikan aduan berkaitan produk ubat berdaftar dan tidak berdaftar, ubat palsu, produk kosmetik, pengiklan produk ubat-ubatan dan perkhidmatan, etika ahli farmasi dan lain-lain yang melibatkan aktiviti penguatkuasaan farmasi
Menjalankan aktiviti risikan berdasarkan maklumat yang diterima/diperolehi yang berkaitan dengan akta yang dikuatkuasakan.
Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang produk-produk ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi.
Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang racun, bahan psikotropik, bahan kimia dan ubat-ubat terkawal yang beroperasi tanpa lesen yang sah.
Menganalisa sampel-sampel produk yang terdapat di pasaran dan berdasarkan aduan/ maklumat orang awam yang disyaki melanggar peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan
Menyaring dan memantau penjualan dan pengiklanan produk Farmaseutikal dan kosmetik dalam talian dan di media baharu serta menyediakan maklumat profiling daripada inteligens siber yang dijalankan berhubung dengan pembekalan atau penjualan produk yang disyaki melanggar akta yang dikuatkuasakan.
Program / Aktiviti
Melaksanakan aktiviti pengesahan aduan dan maklumat
Melaksanakan aktiviti risikan
Melaksanakan Operasi Serbuan
Melaksanakan Operasi Khas Bahan Terkawal
Melaksanakan Persampelan Produk
Melaksanakan aktiviti saringan, pemantauan dan inteligens siber
Melaksanakan Program DiPS (Didik, Pantau dan Serbu)