BKKM: Import Makanan

  PERKHIDMATAN  KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

Prosedur Import Makanan

Secara amnya, pengimportan makanan di bawah kawalan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturannya tidak dikenakan permit import. Kelulusan pengimportan makanan akan diberikan oleh Pegawai Berkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di pintu masuk melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM).

Objektif utama kawalan makanan import adalah untuk memastikan makanan yang diimport ke Negara ini adalah selamat dan mematuhi segala peruntukan dalam Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturannya. Aktiviti kawalan makanan import yang dijalankan di pintu masuk Negara meliputi seperti pemeriksaan dan persampelan konsainan makanan serta aktiviti penguatkuasaan seperti penahanan, penarikan balik, penolakan, pendakwaan, pemusnahan konsainan yang melanggar perundangan makanan.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman Aktiviti Import Makanan di portal rasmi BKKM .

© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara