Pengenalan
Unit Kewangan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah dan terdiri daripada 2 Sub Unit iaitu :-
- Sub-Unit Bajet, Bayaran dan Pentadbiran
- Sub-Unit Gaji, Tuntutan, Hasil dan Audit
Objektif
Merancang, melaksana, mengawal dan menilai pengurusan kewangan yang berkualiti dengan mengamalkan budaya kerja cemerlang berdasarkan perkara berikut:
- Mematuhi peraturan dan prosedur kewangan yang berkuatkuasa.
- Mengamalkan Budaya Bekerja yang Cepat, Cekap dan Berkesan.
- Sentiasa Jujur dan Amanah dalam menjalankan tugas.
- Memastikan dasar dan peraturan kewangan dipatuhi sepenuhnya.
Fungsi
- Memproses pembayaran dan pelbagai tuntutan.
- Menguruskan perakaunan dan pelaporan.
- Menguruskan permohonan peruntukan tahunan (bajet), tambahan peruntukan dan pindahan peruntukan.
- Menguruskan kutipan hasil dan pelaporan.
- Menguruskan pembayaran gaji, perubahan gaji dan pergerakan gaji tahunan.
- Menguruskan permohonan pinjaman kenderaan, pinjaman komputer, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan di bawah LPPSA.
- Menyelaras Pasukan Naziran Kewangan di JKN Melaka.
- Menyelaras dan mengedarkan peraturan, pekeliling dan garis panduan yang terkini dan berkuatkuasa.
- Membuat pemantauan tunggakan hasil di semua PTJ di bawah JKN Melaka.
- Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat JKN Melaka.
Program / Aktiviti
- Penyediaan Anggaran Belanjawan Dan Pengurusan Waran Peruntukan
- Merancang dan menyelaras permohonan peruntukan tahunan serta memastikan perbelanjaan adalah mengikut keutamaan dan Waran Peruntukan yang telah diluluskan;
- Menyemak, Menyelaraskan Menguruskan Permohonan Peruntukan Tambahan bagi JKN Melaka bagi memastikan perbelanjaan dibuat secara optimum dan mematuhi Pekeliling Belanjawan;
- Menyelaras dan menguruskan permohonan pindah peruntukan (Viremen) serta Waran Tarik Balik daripada semua PTJ;
- Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).
- Pengurusan Emolumen, Elaun, Ganjaran dan Saguhati
- Mengurus dan Menyediakan Borang Perubahan Gaji (SG20), Sijil Gaji Akhir (LPC), Surat Arahan dari Agensi berkaitan dan Bayaran Elaun Tanggung Kerja berdasarkan Borang Kewangan 8.
- Menguruskan Pembayaran Elaun, Gaji Kakitangan Pegawai Sambilan Harian (PSH), Bayaran Pelarasan Gaji (Pertukaran), Ganjaran Kontrak dan Gantian Cuti.
- Menyelaras Permohonan Kelulusan Pendahuluan Diri bagi Emolumen Terlebih Bayar bagi memastikan Arahan Perbendaharaan (AP) 53 dipatuhi.
- Memproses tuntutan balik emolumen terlebih bayar bagi mematuhi Arahan Perbendaharaan 104 (a) dipatuhi.
- Menguruskan Pembayaran Saguhati untuk Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pesara.
- Pengurusan Pembayaran
- Menguruskan Pembayaran dengan Pesanan Tempatan (Kontrak, Pembelian Terus, Inden Kerja).
- Menguruskan Pembayaran bagi Invois Tanpa Pesanan Tempatan (Utiliti, Tuntutan Perjalanan, Elaun Lebih Masa & Tuntutan Pembayaran Balik).
- Menyelaras Dan Memproses Permohonan Kemudahan Perubatan (Sara Ubat)
- Mengemaskini Had Kuasa Menandatangani Baucar bagi Pegawai yang bertukar masuk, keluar atau bersara bagi mematuhi Arahan Perbendaharaan.
- Pengurusan Terimaan Hasil Kerajaan
- Memantau dan menyelaras pengurusan terimaan hasil jabatan bagi memastikan pungutan hasil yang dibuat adalah mematuhi Arahan Perbendaharaan.
- Pengurusan Kewangan Am
- Menyelaraskan dan memantau pengurusan kewangan am adalah teratur dan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa semasa (Kelulusan Pakej bagi Latihan/Majlis Rasmi).
- Menyelaraskan dan memantau pengurusan kewangan am adalah teratur dan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa semasa (Bayaran Panjar Wang Runcit).
- Menyelaraskan dan memantau pengurusan kewangan am adalah teratur dan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa semasa (Rekupmen Panjar Wang Runcit).
- Menyelaras permohonan pendahuluan diri mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Memproses Kelulusan Khas Pengecualian AP100(a) bagi Tuntutan Perjalanan yang dihantar selepas10hb berikutnya selaras dengan Arahan Perbendaharaan.
- Memproses Permohonan tuntutan bayaran Balik Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih selaras dengan peraturan kewangan.
- Memproses permohonan Tuntutan Bayaran Balik Laporan Perubatan selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan.
- Melaksanakan Pemeriksaan Mengejut pada Peti Besi dan Wang Tunai bagi memastikan Arahan Perbendaharaan 309 dipatuhi.
- Menguruskan Proses Kehilangan Wang Awam bagi memastikan Arahan Perbendaharaan 314 hingga 328 dipatuhi.
- Pengurusan Pinjaman
- Menyelaras Permohonan Pinjaman Kenderaan dan Komputer bagi Memastikan Ansuran Potongan Bulanan idak Melebihi 1/3 Daripada Gaji Pokok;
- Menyelaras Permohonan Pinjaman Peribadi bagi Memastikan Baki Gaji Bersih Tidak Kurang Daripada 40%;
- Menyelaras Permohonan Pinjaman Perumahan bagi Memastikan Amaun Ansuran Bulanan Pembiayaan Tidak Lebih dari 40% daripada Gaji Hakiki Pegawai.
- Penyediaan Laporan Bulanan
- Menyemak dan menyelaras laporan kelewatan bil yang diproses lebih daripada 14 hari bagi memastikan Arahan Perbendaharaan 103 (a) dipatuhi.
- Menyemak laporan daftar bil secara bulanan bagi memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh 14 hari selaras dengan AP 103 (a).
- Menyediakan dokumen Akuan Terimaan bagi mematuhi Arahan Perbendaharaan 145 dan 146.
- Menyelaras Laporan Akaun Belum Terima (ABT) Bagi Memastikan Tunggakan Hasil Kerajaan Berkurangan