BKKM: Semakan Pelabelan Makanan

  PERKHIDMATAN  KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

MAKLUMAN PERALIHAN PROSES KHIDMAT NASIHAT PELABELAN DAN SEMAKAN PELABELAN MAKANAN KE SISTEM FOSIM

Bermula 15 Mac 2021, semua permohonan Semakan Pelabelan Makanan dan Khidmat Nasihat Pelabelan perlu dihantar secara atas talian melalui pautan https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home. Tuan/Puan hendaklah mendaftar sebagai pengguna sistem fosim terlebih dahulu. Terdapat menu “manual” di website fosim untuk muat turun Modul Pendaftaran Pengguna sebagai rujukan.

Walau bagaimanapun, permohonan di bawah masih perlu dihantar secara manual (hardcopy) ke Bahagian ini:

1) Permohonan Semakan Pelabelan Makanan dan Khidmat Nasihat Pelabelan bagi tujuan pelabelan semula (produk import yang ditahan di pintu masuk)

2) Permohonan Semakan Pelabelan Makanan dan Khidmat Nasihat Pelabelan bagi semakan kali kedua atau kali ketiga (bagi permohonan kali pertama yang telah dibuat secara manual sebelum 15 Mac 2021).

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi talian 03-8885 0797 sambungan 4341/4337 atau melalui emel sdfosim@moh.gov.my

© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara