Promosi keselamatan makanan merangumi aktiviti pameran, kempen, outreach, germ buster, taklimat, seminar, promosi media sosial dan edaran bahan pendidikan yang meliputi konsep lihat, hidu dan rasa, pengendalian makanan bersih dan selamat, amalan kebersihan diri pengendali makanan dan pemilihan premis makanan bersih.
Unit ini bertanggungjawab untuk mengurus, merancang, mentadbir dan menyelia aktiviti pelesenan ais, punca air minuman berbungkus, air mineral semulajadi dan mesin jual air.
Untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna dan pengendali makanan juga terhadap bahaya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berpunca dari makanan, mewujudkan amalan kebersihan diri yang baik di kalangan pengendali makanan tentang pengendalian makanan yang betul dan mendidik pengguna-pengguna dan pelanggan mengenal pasti dan memilih premis makanan yang bersih dan selamat.
Memastikan semua kilang ais, air minuman berbungkus dan dan mesin jual air di Melaka mematuhi spesifikasi KKM dengan memikili lesen daripada KKM.