TUJUAN PROSEDUR
Tujuan prosedur ini adalah untuk menguruskan tatacara Prosedur Pensijilan Premis Pengeksport Makanan Diproses Minima ke Singapura bagi memastikan ianya berada pada standard yang ditetapkan dan mematuhi keperluan negara pengimport, Singapura.
Prosedur ini dapat menyeragamkan aspek teknikal permohonan dan prosedur kelulusan pensijilan premis pengeksport Makanan Diproses Minima ke Singapura.
SKOP
Garispanduan ini terpakai bagi produk makanan yang diproses secara minima ke Singapura Seperti :
- Tebu (sugarcane) : meliputi hasil tebu, segar atau dingin, dipotong dengan kulit atau tanpa kulit
- Kelapa (coconut): Deshelled coconut, Coconut pulp, Polished coconut, Trimmed coconut, Grated Coconut
- Buah-buahan dan Sayur-sayuran (Fruits and Vegetables): Meliputi buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang telah dikupas, dibuang biji, dihiris, dicincang atau dipotong, dibersihkan sebelum dibungkus dan sedia untuk dimakan.
SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN DAN PENYENARAIAN
- Permohonan bagi penyenaraian premis makanan diproses minima ke Singapura boleh dibuat di Cawangan Eksport, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Permohonan oleh syarikat yang berdaftar di negara ini.
- Premis pengeksport mematuhi keperluan negara pengimport dan Akta
Makanan 1983 serta peraturan-peraturan di bawahnya
- Premis pemprosesan untuk produk yang dieksport perlu melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sekurang-kurangnya Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
- Pelabelan pada bungkusan makanan yang mematuhi kriteria berikut:
i. Mempunyai “nama sebutan sebenar” produk;
ii. Tiada sebarang akuan yang tidak dibenarkan; dan
iii.Mempunyai nama syarikat yang bertanggungjawab ke atas produk
PERMOHONAN
- Permohonan perlu dikemukakan dengan menggunakan Borang KKM/163/MPF-EX/F-02.
- Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut :
a) Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
b) Sijil Pendaftaran Premis/Slip pendaftaran premis dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
c) Lesen pengilangan atau kelulusan daripada PBT atau surat pengesahan dari mana-mana agensi kerajaan.
FI PENYENARAIAN
- Mempunyai sijil GMP/HACCP KKM
PERKARA |
TEMPOH SAH LAKU |
FI (PER SIJIL) |
(a) Permohonan baru |
3 tahun |
RM 1000.00 |
(b) Pembaharuan |
3 tahun |
RM 1000.00 |
(c) Surveilan |
3 tahun |
RM 1000.00 |
- Tanpa sijil GMP/HACCP KKM
PERKARA |
TEMPOH SAH LAKU |
FI (PER SIJIL) |
(a) Permohonan baru |
3 tahun |
RM 2000.00 |
(b) Pembaharuan |
3 tahun |
RM 2000.00 |
(c) Surveilan |
3 tahun |
RM 1700.00 |