Profil Unit
Unit Institusi bertanggungjawab melaksanakan aktiviti pembangunan keselamatan makanan di peringkat institusi kerajaan seperti kantin dan dapur sekolah, dapur hospital kerajaan, taska, tadika, perkhidmatan makanan termasuk katerer dan kilang menerusi pengiktirafan Bersih, Selamat, Sihat (BeSS).
Objektif
Untuk menyelaraskan aktiviti ke atas sekolah latihan pengendali makanan (SLPM) dan memantau pelaksanaan aktiviti pengendali makanan dan memantau pelaksanaan program KENDIRI di kantin dan dapur asrama dan institusi bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan.
Fungsi
- Mengurus, mentadbir merancang dan menyelia aktiviti aktiviti-aktiviti audit terhadap syarikat yang memohon pengiktirafan BeSS di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Mengurus, merancang dan menyelia pengurusan keracunan makanan dan aktiviti pencegahan keracunan makanan.
- Merancang, mengkaji dan menyelaras aktiviti pemantauan di bawah Akta Juruanalisis Makanan 2011
Program / Aktiviti
- Mengurustadbir Sekolah Latihan Pengendali Makanan Negeri Melaka
- Mengurus permohonan BeSS, Trust My Catering
- Membuat siasatan keracunan makanan
- Pemeriksaan kantin sekolah