Farmasi turut membekalkan ubat kepada pesakit yang berada di dalam wad. Pembekalan ubat menggunakan dua jenis sistem pembekalan ubat yang terdiri daripada Sistem Unit Dos [Unit Dose System (UDS)] dan Sistem Unit of Use (UoU). Sistem pembekalan ubat kepada pesakit wad yang disyorkan adalah UDS kerana sistem ini merupakan satu sistem di mana pihak farmasi secara langsung menyelaras, mengawal dan memainkan peranan lebih efisien dari segi penjagaan farmaseutikal dalam pembekalan ubat kepada pesakit di wad.
Untuk pesakit yang akan didiscaj, pesakit diberikan perkhidmatan “bedside dispensing”. Selain itu, pesakit akan diberikan kaunseling jika diperlukan.
PUSAT PANGGILAN FARMASI KEBANGSAAN
1800-88-6722