Memantau perjalanan aktiviti siasatan bagi kes-kes berkaitan keluaran farmaseutikal, racun dan bahan kimia yang dikawal di bawah Akta-akta yang dikuatkuasakan. Bukti dan keterangan dikumpul untuk tujuan pendakwaan dan tindakan punitif yang berkaitan.
Mengendalikan pendakwaan dan perbicaraan kes-kes di mahkamah berdasarkan akta-akta yang dikuatkuasakan setelah penyiasatan yang lengkap telah dilakukan serta bukti yang kukuh diperolehi.
Memantau iklan yang disiarkan melalui media cetak dan elektronik bagi memastikan peruntukan undang-undang sedia ada dipatuhi
Menjalankan siasatan bagi kes-kes berkaitan pengiklanan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan
Fungsi
Menyelaras, memantau dan menjalankan aktiviti penyiasatan kes yang menyalahi Akta dan Peraturan yang dikuatkuasakan. Penyiasatan kes melibatkan keluaran farmaseutikal, racun berjadual, pengiklanan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan yang menyalahi Akta dan Peraturan yang dikuatkuasakan. Penyiasatan kes dilakukan untuk mengumpul bahan bukti untuk tindakan pendakwaan kes di mahkamah. Kes yang selesai disiasat akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan dan tindakan lanjut.
Menyelaras, memantau dan mengendalikan pendakwaan kes di mahkamah termasuk kes-kes bicara.
Bertanggungjawab mengendalikan dan menyelesaikan isu-isu perundangan yang berbangkit dalam aktiviti penguatkuasaan farmasi.
Bertanggungjawab dalam mengendalikan kad kuasa dan surat-surat kuasa bagi Pegawai Penguatkuasaan Farmasi.
Mengendalikan Stor Ekshibit Penguatkuasaan Farmasi mengikut Garis Panduan Pengurusan Stor Ekshibit, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga keperluan bawah Audit Prestasi, Jabatan Audit Negara