Menyelaras dan mengawalselia aktiviti meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan ubat-ubat berdaftar.
Menganalisa sampel-sampel produk yang terdapat di pasaran dan berdasarkan aduan orang ramai, yang disyaki melanggar peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.
Mengendalikan aduan berkaitan ubat berdaftar, ubat tidak berdaftar, ubat palsu, kosmetik, makanan dicemari racun, iklan, etika doktor, etika ahli farmasi dan lain-lain
Fungsi
Menyelaras dan mengawal selia aktiviti meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan ubat-ubat berdaftar dan kosmetik bernotifikasi.
Menyedia dan menerbitkan bahan-bahan pendidikan termasuk infografik untuk kegunaan kempen berkaitan kesedaran pengguna dan penguatkuasaan Farmasi.
Mempertingkatkan usaha-usaha dalam mengurangkan permintaan terhadap ubat-ubat yang sering disalahgunakan seperti ubat dan kosmetik tidak berdaftar melalui ceramah di radio, facebook live, sekolah dan tempat awam.
Mengadakan dialog, ceramah, pameran bersama stakeholder.
Memantau iklan yang disiarkan melalui media cetak dan elektronik serta platform e-dagang bagi memastikan peruntukan undang-undang sedia ada dipatuhi.
Menyelaras sesi rundingcara bersama stakeholder.
Aktiviti
Dialog bersama – PBT, Penganjur Bazar/Carboot Sales, Kastam, Pejabat TPR, Mahkamah, Pelesen (Farmasi Komuniti & Racun Jenis B , Permit NaOH, Permit Methadone), dan Pengamal Perubatan Swasta(GP).
Pameran.
Ops Iklan Ubat Haram Bersama MPHTJ & MBMB.
Pemantauan Iklan di sepanjang Lebuhraya Simpang Ampat-Jasin.
Kempen kesedaran melalui platform dalam talian: Facebook Sahabat Farmasi, Twitter UbatOhUbat, FB Live (SF & JKNM), Wawancara di Radio Melaka FM.
Hebahan Kempen Waspada Pembelian Ubat Online di Billboard sekitar bandar Melaka.
Artikel Infografik Pendidikan Kesedaran Pengguna di eBuletin JKNM.