Warga Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan memberikan layanan dengan hormat, sopan dan penyayang tanpa mengira latar belakang pelanggan. Bagi mencapai matlamat tersebut JKNM berjanji untuk:
| Bil | Piagam Pelanggan | Bahagian Bertanggungjawab |
|---|---|---|
| 1 |
Memberi sokongan teknikal kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menguruskan dan |
Kesihatan Awam |
| 2 | Mengemukakan kes pendakwaan terhadap pelanggaran Undang-Undang Kesihatan Awam kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh lima (5) hari bekerja daripada penerimaan fail dari daerah. |
Kesihatan Awam |
| 3 | Setiap permohonan pembaharuan lesen (operasi dan penggunaan mesin x-ray ) oleh Pengamal Perubatan Swasta akan dikemukakan ke Kementerian Kesihatan Malaysia dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap. | Kesihatan Awam |
| 4 | Memproses permohonan lengkap Penubuhan Lembaga Perubatan di hantar ke Hospital Melaka dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. | Perubatan |
| 5 | Mengemukakan keputusan Lembaga Perubatan di hantar kepada pemohon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. | Perubatan |
| 6 | Permohonan pembaharuan lesen kemudahan dan perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta di hantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kelulusan dalam masa tiga puluh lima (35) hari dari tarikh penerimaan lengkap dokumen. | Perubatan |
| 7 | Melaksanakan lawatan Pemeriksaan, Pematuhan dan Piawaian (3P) ke atas premis Klinik Perubatan/Pergigian Swasta yang telah diluluskan oleh CKAPS HQ, tertakluk kepada tempoh tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan yang dikeluarkan oleh CKAPS HQ. | Perubatan |
| 8 | Pesakit luar akan dipanggil untuk sesi rawatan oleh pegawai pergigian dalam tempoh 30 minit selepas mendaftar. | Pergigian |
| 9 | Menghantar surat permohonan menjalankan lokum kepada JKN dalam tempoh (1) minggu dari dokumen lengkap diterima. | Pergigian |
| 10 | Menghantar borang permohonan Sijil Perakuan Pengalaman Tahunan untuk tahun berikutnya ke Majlis Pergigian Malaysia sebelum 30 Oktober tahun semasa. | Pergigian |
| 11 | Setiap Permohonan Lesen Racun Jenis A, B, Permit Natrium Hidroksida dan Permit Psikotropik yang lengkap dan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. | Farmasi |
| 12 | Mengeluarkan Sijil Penjualan Bebas kepada industri dalam tempoh satu (1) hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima. | BKKM |
| 13 | Memastikan semua premis makanan yang diperiksa diambil tindakan sekiranya beroperasi secara tidak bersih atau sanitasi yang kotor. | BKKM |
| 14 | Memastikan permohonan bagi pemantauan keselamatan makanan bagi majlis keraian diproses dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh maklumat lengkap diterima. | BKKM |
| 15 | Menyelesaikan siasatan aduan mudah dan sederhana dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja daripada tarikh aduan diterima. | Pengurusan |
| 16 | Menyelesaikan bayaran bil dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima. | Pengurusan |
| 17 | Mengeluarkan Surat Arahan Penempatan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. | Pengurusan |
| 18 | Memproses Akuan Terimaan Waran Peruntukan dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh waran peruntukan diterima. | Pengurusan |
| 19 | Menyelesaikan aduan kerosakan ICT yang diterima dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja. | Pengurusan |
| 20 | Mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dalam tempoh tiga (3) hari daripada kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga JKNM. | Pengurusan |
Untuk membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:
PIAGAM PELANGGAN BAGI HOSPITAL
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti
PIAGAM PELANGGAN BAGI KLINIK KESIHATAN
Kami berjanji untuk :
|
NO. |
PELANGGAN |
INDIKATOR |
|---|---|---|
| Ibu Mengandung | ||
| 1 | Kes Baru | 60 minit |
| 2 | Kes Ulangan (Normal) | 30 minit |
| 3 | Kes Ulangan (Bermasalah) | 120 minit |
| Bayi / Kanak-Kanak | ||
| 1 | Kes Baru | 60 minit |
| 2 | Kes Ulangan (Normal) | 30 minit |
| 3 | Kes Ulangan (Bermasalah) | 120 minit |
| Lain-lain Kategori | ||
| 1 | Kes Baru | 60 minit |
| 2 | Kes Ulangan (Normal) | 30 minit |
| 3 | Kes Ulangan (Bermasalah) | 120 minit |
PIAGAM PELANGGAN BAGI KLINIK PERGIGIAN PRIMER
Kami berjanji untuk :
Rawatan pergigian :
Kepuasan Pelanggan :
Umum :