Pengenalan
Unit ini diterajui oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Gred M52 dan dianggotai oleh 27 orang pegawai. Fungsi utama unit ini adalah perkhidmatan, perjawatan, HRMIS, Latihan dan Inovasi.
Fungsi
Perkhidmatan
- Menguruskan penempatan dan pertukaran pegawai
- Menyelaras dan mengurus urusan kenaikan pangkat semua jawatan
- Menyelaras dan menguruskan urusan pengesahan pelantikan, pengesahan perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, tanggung kerja dan lain-lain
- Menyelaras dan mengurus urusan persaraan wajib dan pilihan anggota
- Menyelaras dan menguruskan urusan buku perkhidmatan dan penyata Kew-8 untuk pegawai dan anggota
- Menyelaraskan permohonan pelbagai jenis cuti
- Menyelaras permohonan Elaun Perumahan Wilayah, Tuntutan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal dan Tuntutan Perpindahan
- Menyelaras naziran IASM ke PTJ negeri Melaka
- Memastikan pegawai-pegawai mengetahui tentang makluman atau iklan kenaikan pangkat serta menguruskan permohonan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai-pegawai;
- Menjadi urusetia kepada Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia Peringkat JKNM
Perjawatan
- Menyelaras penyediaan Buku Perjawatan Tahunan
- Menyelaras pengedaran Waran Perjawatan
- Menyelaras rekod Perjawatan (reten bulanan)
- Menyelaras urusan pewujudan/pertambahan/pindah butiran/tukar ganti perjawatan
- Menyelaras urusan temuduga pelbagai jawatan di bawah SPA/KKM
- Menyelaras urusan pengambilan & pelanjutan permohonan Pekerja Sambilan Harian (PSH)/ Personel MySTEP
- Menyelaras urusan Pegawai Kontrak (Contract Of Service/Contract For Service)
- Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR)
- Menyelaras urusan tatatertib di bawah Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) JKNM
- Menyelaras urusan perisytiharan harta, pekerjaan luar
- Menyelaras penyediaan Laporan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN)
- Urusetia Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
HRMIS
- Membantu memantau pelaksanaan serta penggunaan Sistem Aplikasi Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) oleh semua PTJ yang terdiri daripada beberapa submodul iaitu:
- Data Perjawatan
- Pengemaskinian Data Tidak Berintegriti
- Pengisytiharan Harta
- Pengurusan Cuti
- Pengurusan Penamatan Perkhidmatan
- Pelaksanaan Modul SKT
- Pelaksanaan Modul LNPT
- Membantu mengkaji masalah-masalah yang dikemukakan oleh pengguna
- Memberi khidmat sokongan, mengemaskini ID pengguna dan menyelesaikan masalah operasi sistem yang dikemukakan oleh pengguna
Latihan
Bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelarasan program peningkatan kompetensi dan latihan dalam perkhidmatan bagi kakitangan JKNM melalui empat (5) fungsi utama iaitu :
- Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan Pelan Operasi Latihan (POL) JKNM;
- Penyelarasan dan pelaporan prestasi perbelanjaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP);
- Pelaksanakan Program Transformasi Minda (PTM);
- Pengurusan permohonan Pos Basik; dan
- Pengurusan permohonan Latihan Industri.
Inovasi
Bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelarasan program-program peningkatan kualiti dan inovasi bagi semua kakitangan di JKNM meliputi empat (4) fungsi utama iaitu :
- Penyelaras bagi program-program peningkatan kualiti dan inovasi JKNM
- Penyelarasan dan pemantauan myPortfolio anggota bahagian
- Penyelarasan Piagam Pelanggan JKNM
- Keurusetiaan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Inovasi bagi menyelaras 11 Jawatankuasa Kerja di bawah Jawatankuasa Pemandu Inovasi.