Memberi pengetahuan serta kesedaran tentang pentingnya kesihatan pergigian kepada ibu mengandung dan kandungan serta memberi rawatan yang terbaik kepada ibu mengandung.
Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian semasa hamil.
Memberi didikan kepada ibu mengandung mengenai peranan mereka dalam mempromosikan dan menjaga kesihatan pergigian secara awal terhadap bayi dan kanak-kanak.
Fungsi
Membuat pemeriksaan pergigian dan merangka pelan rawatan yang sesuai dan terbaik kepada semua kes baru ibu mengandung yang diperiksa di klinik pergigian, klinik kesihatan ibu anak serta klinik desa.
Mengadakan pendidikan kesihatan pergigian (termasuk penjagaan serta rawatan pergigian awal kanak-kanak & sapuan fluorida) kepada ibu-ibu sebelum kelahiran.
Memberi temujanji kepada ibu mengandung di klinik pergigian selepas pemeriksaan gigi bagi meningkatkan kes selesai.
Memberi rawatan komprehensif kepada ibu mengandung yang hadir di klinik pergigian.