Pengenalan
Rawatan ortodontik adalah rawatan untuk merawat masalah susunan gigi yang tidak teratur seperti bertindih, terpusing atau jongang. Rawatan ini juga dikenali sebagai rawatan braces, atau istilahnya, pendakap gigi.
Masalah gigi tidak teratur mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, seperti faktor keturunan, saiz tulang rahang dan gigi yang tidak seimbang, bentuk gigi yang tidak normal, kehilangan awal gigi susu atau gigi kekal, atau juga akibat tabiat yang tidak baik seperti menghisap jari atau puting tiruan selepas gigi kekal tumbuh, gigi terimpak, kedudukan rahang tulang yang tidak betul dan kes klef lelangit.
Prosedur Perkhidmatan
Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan ini boleh menjalankan pemeriksaan di mana-mana klinik pergigian berhampiran. Doktor pergigian akan merujuk anda kepada pakar ortodontik sekiranya didapati anda memerlukan rawatan tersebut.
Bagi perkhidmatan kerajaan, keutamaan diberikan kepada murid-murid sekolah di bawah 18 tahun.
Di negeri Melaka, rawatan kepakaran ortodontik ada disediakan di Klinik Pergigian Melaka Tengah, Klinik Pergigian Batu Berendam dan di Klinik Pergigian Alor Gajah.
Disebabkan kadar permintaan yang tinggi untuk braces, maka senarai menunggu bagi mendapatkan rawatan adalah lebih kurang 3-4 tahun (data terkini : Mei 2021)
Fungsi
Antara tugas-tugas utama Unit Pakar Ortodontik adalah:
Kos rawatan bagi aplians ortodontik tetap beserta alat pemegang (retainer) adalah RM1200 (tidak termasuk alat tambahan lain sekiranya perlu).
Program / Aktiviti