Profil Unit
- Maklumat sedang dikemaskini -
Objektif
- Mencegah, mengawal dan menamatkan wabak penyakit-penyakit berjangkit.
- Mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti penyakit-penyakit berjangkit.
- Memperkukuhkan system survelan penyakit berjangkit.
- Kesiapsiagaan dan tindakcepat terhadap wabak penyakit berjangkit.
Strategi-strategi
Bagi mencapai objektif aktiviti ini, strategi seperti berikut dilaksanakan :
- Menjalankan kajian epidemiologi untuk mengesan corak penyakit berjangkit sebagai satu asas dalam membentuk teknik kawalan dan pencegahan yang sesuai.
- Memperkukuhkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit sediada agar lebih berkesan dengan memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti pencegahan serta mengintegrasikan aktiviti tersebut ke dalam perkhidmatan kesihatan yang ada.
- Menguatkuasakan undang-undang kesihatan tempatan dan juga antarabangsa supaya penyakit berjangkit dapat dikawal.
- Meneruskan langkah-langkah peningkatan taraf kesihatan melalui kebersihan alam sekitar, kebersihan makanan dan kebersihan diri.
- Meneruskan aktiviti pelalian bagi penyakit-penyakit yang boleh dicegah dengan pelalian.
- Tindakcepat terhadap wabak penyakit berjangkit (Penyakit Bawaan Makanan & Air, Penyakit Cegahan Vaksin & Penyakit Zoonosis).
Fungsi
- Merancang, melaksana, memantau dan menilai program-program pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit di peringkat negeri meliputi skop berikut :
- Penyakit-penyakit Bawaan Makanan dan Air (FWBD) seperti : Tifoid, Kolera, Keracunan Makanan, Hepatitis A dan Disenteri.
- Penyakit-penyakit Cegahan Vaksin (VPD) seperti : Measles, Pertussis, Hepatitis B, Difteria, Tetanus, Poliomyelitis.
- Penyakit-penyakit Zoonosis seperti : Leptospirosis, Melioidosis, Brucellosis, Q fever, Rabies dan lain-lain.
- Menguruskan dan memantau aplikasi atas talian (online) penyakit berjangkit ( enotifikasi, ewabak dan emeasles) di peringkat negeri (bagi Penyakit Bawaan Makanan & Air, Penyakit Cegahan Vaksin & Penyakit Zoonosis).
- Memberi input teknikal dan menjadi Pakar Rujuk dalam bidang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dan Penyakit Bawaan Makanan & Air, Penyakit Cegahan Vaksin & Penyakit Zoonosis.
- Kesiapsiagaan terhadap wabak penyakit berjangkit.
- Mengenalpasti, merancang dan melaksanakan latihan dalam bidang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit (Penyakit Bawaan Makanan & Air, Penyakit Cegahan Vaksin & Penyakit Zoonosis).
- Memantau dan menilai indicator-indikator penting pencapaian program penyakit berjangkit.
- Menyediakan dokumen-dokumen berkaitan Pengurusan Program Kawalan Penyakit Berjangkit.
Program / Aktiviti
Pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit di peringkat negeri:
- Mengkompil data, reten dan laporan kes dan wabak penyakit berjangkit dari peringkat daerah dan menyediakan data, reten dan laporan untuk peringkat negeri.
- Menganalisa data dan laporan untuk melihat tren penyakit berjangkit dan pengecaman awal wabak.
- Menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit dan mencadangkan langkah-langkah pembetulan dan penambahbaikan
Aplikasi atas talian penyakit berjangkit di peringkat negeri:
- Penggunaan, Verifikasi Data, Analisa Data, Muat Turun Data
- Membuat ulasan teknikal bagi wabak Penyakit Bawaan Makanan & Air, Penyakit Cegahan Vaksin & Penyakit Zoonosis dalam sistem ewabak.
- Kelulusan pembatalan kes Penyakit Bawaan Makanan & Air, Penyakit Cegahan Vaksin & Penyakit Zoonosis yang telah didaftarkan dalam enotifikasi.
Input teknikal dan Pakar Rujukan
- Mengedarkan garis panduan teknikal yang spesifik mengenai pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.
- Memberi input teknikal dalam penyiasatan epidemiologi wabak penyakit berjangkit di lapangan
- Membuat ulasan teknikal terhadap Laporan Awal, Laporan Harian dan Laporan Akhir wabak penyakit berjangkit.
- Latihan Pengurusan wabak dan latihan simulasi (table top and field exercise) kes / wabak penyakit berjangkit.
Kesiapsiagaan terhadap wabak penyakit berjangkit
- Pemantauan rapi trend penyakit berjangkit
- Pengecaman awal terhadap kemungkinan wabak penyakit berjangkit
- Alert stakeholders di pelbagai peringkat
- Latihan kesiapsiagaan di peringkat negeri
Tindakcepat terhadap wabak penyakit berjangkit
- Pengaktifan Pasukan Tindak Cepat (Rapid Assessment Team)
- Memberi input teknikal dalam penyiasatan epidemiologi kes atau wabak penyakit berjangkit
- Pengurusan Bilik Gerakan Peringkat Negeri
- Penyediaan laporan wabak dan penghantarannya kepada CPRC, KKM
Latihan dalam bidang pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit
- Merancang dan melaksanakan program latihan berkaitan survelan, pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit untuk peringkat negeri.
- Memberi input teknikal dan menyumbang tenaga dan kepakaran dalam latihan di peringkat daerah, hospital dan lain-lain agensi.
Memantau dan menilai indicator-indikator penting pencapaian program penyakit berjangkit
- Pemantauan dan penilaian Key Performance Index ( KPI) berbagai penyakit berjangkit
- Pemantauan dan penilaian indicator QA
- Pemantauan dan penilaian indicator Pelan Tindakan Strategik (PTS) Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
Menyediakan dokumen-dokumen berkaitan Pengurusan Program Kawalan Penyakit Berjangkit
- Anggaran Belanja Mengurus ( ABM)
- Keperluan Bajet tahunan
- Keperluan peralatan dan perkhidmatan
- MyPortfolio dan Deskripsi Tugas (Job Description)
- Dokumentasi dan Laporan Pencapaian MS ISO 9000
- Laporan Tahunan