Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar

  PERKHIDMATAN  KESIHATAN AWAM

Profil Unit

- Maklumat sedang dikemaskini -


Objektif

- Maklumat sedang dikemaskini -


Fungsi Unit

Fungsi 1 : Program Survelan Perubatan Penyakit Pekerjaan di kalangan anggota kesihatan dan pekerja awam

i)  Merancang, melaksanakan dan memantau aktiviti-aktiviti pengawasan perubatan anggota  berisiko tinggi terdedah kepada bahaya pekerjaan
ii) Memantau dan menganalisa reten saringan ,rawatan dan tindak susul Penyakit  Pekerjaan di kalangan anggota kesihatan
iii) Melaksanakan langkah-langkah  kawalan Penyakit  Pekerjaan di premis-premis  kerajaan terutama  di kementerian kesihatan .

Fungsi 2 Program Survelan  Penyakit  Pekerjaan

i) Pemantauan dan menganalisa pemberitahuan Penyakit Pekerjaan seperti Penyakit Paru-Paru Pekerjaan ,Penyakit Kulit Pekerjaan,Hilang Pendengaran disebabkan bunyi bising,Kecederaan dan Kemalangan di tempat kerja dan Keracunan.
ii) Pemantauan dan menganalisa status Pelalian Hepatitis B di kalangan anggota  kesihatan.
iii) Memberi  input teknikal dan kepakaran darisegi Kesihatan Pekerjaan dan Keselamatan di tempat kerja.
iv) Merancang, mengurus dan memantau peruntukan kewangan di bawah Program Kesihatan Pekerjaan dan Kesihtan Alam Sekitar.

Fungsi 3Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Tempat Kerja.

i) Merancang dan melaksanakan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di premis-premis kesihatan .
ii) Melatih juruaudit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di semua Pusat Tanggung Jawab.
iii) Untuk memantau langkah –langkah pencegahan dan penambahbaikan ciri -ciri keselamatan  di semua premis kesihatan.
 
Fungsi 4 Pemantauan Penyakit Berkaitan  Alam Sekitar

i)  Memantau dan menganalisa  kejadian Penyakit Berkaitan Alam Sekitar (ERD) akibat jerebu dan pencemaran alam sekitar seperti  Penyakit Saluran Pernafasan Atas(URTI),Sakit Mata(Conjunctivitis) dan  Lelah (Asthma)pada setiap minggu .
ii) Memantau dan menganalisa kejadian Penyakit Berkaitan Jerebu  dari Klinik Sentinel setiap bulan.
 
Fungsi 5 'Petunjuk Jaminan Kualiti (QA) Kecederaan  Alatan Tajam

i)  Menyelaras  serta menganalisa  pelaksanaan program pemantuan Petunjuk Kualiti  Kecederaan Alatan Tajam di kalangan anggota kesihatan di semua kemudahan kesihatan.
ii) Melakukan tindakan penambahbaikan dan langkah-langkah  pencegaan serta tindaksusul rawatan ke atas  kes Kecederaan Alatan Tajam di kalangan anggota kesihatan.

Fungsi 6 Pemantauan Premis Pusat Latihan,Jagaan dan Sekolah.  

i)  Memastikan pemeriksaan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar  di Pusat Latihan,Sekolah dan Pusat Jagaan  di jalankan sekurang- kurang nya setahun sekali.
ii) Menerima laporan pemantauan dan melakukan siasatan lanjut  apabila diperlukan.

Fungsi 7 : Pemantauan Kesihatan Persekitaran  Pusat Latihan Khidmat Negara(PLKN)

i)  Memastikan pemeriksaan kesihatan persekitaran  dan kesihatan pekerjaan  keatas program Latihan Khidmat Negara  berjalan mengikut jadual, sebelum dan selepas setiap sesi  untuk kesemua 3 sesi setiap tahun.
ii) Memantau  dan menganalisa  laporan yang diterima serta menjalankan siasatan lanjut jika perlu.

Fungsi 8 Program Amalan Hijau

i)  Mempromosikan amalan dan teknologi hijau dalam tugasan harian  pentadbiran dan perkhidmatan  di semua premis kerajaan terutama di kemudahan kesihatan.
ii) Mempertingkatkan aktiviti –aktiviti amalan hijau di semua kemudahan  kesihatan kearah persekitaran yang lebih sihat dan selamat.
 

Program / Aktiviti

- Maklumat sedang dikemaskini -

© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara