Pengenalan
Unit Psikologi dan Kaunseling merupakan salah satu perkhidmatan sokongan bukan klinikal yang diwujudkan di bawah Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Unit ini bertanggungjawab membantu anggota jabatan bagi meningkatkan kesihatan emosi, kualiti dan produktiviti kendiri agar anggota dapat menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan dalaman dan luaran jabatan ini.
Objektif
Melaksanakan perkhidmatan psikologi kaunseling kepada anggota JKN Melaka bagi mencapai kesedaran kendiri yang optimum.
Fungsi
- MENGUNAKAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM INTERVENSI
Perkhidmatan disampaikan dalam bentuk kaunseling bersemuka secara individu atau berkelompok melalui hubungan secara sukarela ataupun rujukan dari Ketua Jabatan/Ketua Program/ Ketua PTJ
- MENGAPLIKASI PENDEKATAN PSIKOLOGI DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN.
Perkhidmatan yang disampaikan melalui program, kursus atau bengkel yang dirangka bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran diri bagi membolehkan individu menguruskan emosi, pemikiran dan tingkahlaku, seterusnya menggunakan potensi yang dimiliki demi mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.
- MELAKSANAKAN PENILAIAN PERSONEL
Perkhidmatan yang disediakan adalah untuk membantu dalam mengenalpasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan, minat, nilai, dan sikap seseorang yang diukur menggunakan alat-alat ujian psikologi (psikometrik test) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks.
Program / Aktiviti
SENARAI UNDANG- UNDANG, PERATURAN DAN PUNCA KUASA
- Akta Kaunselor 1998 (AKTA 580) dan Piawaian Amalan Kaunseling
- Kod Etika Kaunselor 1994 (PERKAMA)
- Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005 (Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam)
- PP Bil. Tahun 2015: Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah Dalam Perkhimatan Awam
- SPP Bil. 1/1999 (Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling di Agensi Awam)
- SPP Bil.12/2009: Pelaksanaan Aplikasi Psikologi: Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan
- SPP Bil. 8/2010: Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.
- Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Bil 2 Tahun 2007 – Larangan Meminjam Wang Dan Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius
- Garis Panduan Program Intervensi Bagi Tempoh Pemerhatian Dalam Pelaksanaan Dasar Pemisah
- Buku Prosedur Operasi Standard Perkhidmatan Psikologi Kaunseling Kementerian Kesihatan Malaysia:
- Pelan Pengurusan Operasi : Perkhidmatan Psikologi Kaunseling
- Prosedur Operasi Standard : Perkhidmatan Kaunseling Individu
- Prosedur Operasi Standard : Perkhidmatan Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan
- Prosedur Operasi Standard : Perkhidmatan Kaunseling Kelompok