Pemakanan Sihat

  PERKHIDMATAN  KESIHATAN AWAM

PENGENALAN

Unit Pemakanan adalah salah satu unit di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
 

OBJEKTIF

  1. untuk menilai dan memantau taraf pemakanan masyarakat,
  2. mempromosi amalan pemakanan sihat dalam kalangan masyarakat dan
  3. mencegah serta mengawal masalah pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan dan berlebihan pengambilan nutrient.

Fungsi Unit Pemakanan dibahagikan kepada tiga, iaitu Servelan Pemakanan, Pemulihan Pemakanan dan Promosi Pemakanan

  1. Aktiviti yang dijalankan di bawah Servelan Pemakanan adalah :-
    • Pengawasan taraf pemakanan kanak-kanak bawah umur lima tahun dan
    • Pengawasan taraf pemakanan pelajar sekolah tahun 1, tahun 6 dan tingkatan 3.
       
  2. Aktiviti yang dijalankan di bawah Pemulihan Pemakanan adalah :-
    • Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan
    • Program Pencegahan dan Kawalan Anemia
    • Program Makanan Tambahan Susu Tepung Penuh Krim
    • Program Pencegahan Obesiti
    • Perkhidmatan Rundingcara Pemakanan
       
  3. Aktiviti yang dijalankan di bawah Promosi Pemakanan adalah:-
    • Program Hospital Rakan Bayi
    • Program Klinik Rakan Bayi
    • Pemantauan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan
    • Penyediaan Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat
    • Kafeteria Sihat
    • Penjualan Hidangan Sihat di Kantin Sekolah
    • Penyediaan Hidangan Sihat di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
    • Program Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)
    • Ceramah Pemakanan
    • Menyediakan Calorie Tagging Untuk Mesyuarat dan Majlis Rasmi Jabatan
    • Pusat Maklumat Pemakanan
    • Dapur Sihat Masyarakat
© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara