Pengenalan
Unit Pembangunan merupakan salah satu unit dibawah Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM). Objektif utama Unit Pembangunan adalah untuk menyelaras perlaksanaan projek-projek dan program yang melibatkan peruntukan pembangunan dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan mencapai outcome yang telah ditetapkan.Unit ini disokong oleh tiga sub-unit iaitu Penyelarasan Perlaksanaan, Pengurusan Hartanah dan Kewangan.
Fungsi
Fungsi Unit Pembangunan adalah berdasarkan tiga sub-unit utama iaitu Penyelarasan Perlaksanaan, Pengurusan Hartanah dan Kewangan. Fungsi bagi setiap sub-unit di bawah Unit Pembangunan adalah seperti berikut:
- Penyelarasan Perlaksanaan:
- Menyelaras dan memuktamadkan cadangan projek Rolling Plan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMK) berkaitan fasiliti kesihatan Negeri Melaka dan mengemukakannya kepada Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pertimbangan selanjutnya
- Menyelaras pengemaskinian data/maklumat projek RMK dalam Sistem MyProjek.
- Melaporkan prestasi fizikal projek-projek RMK kepada KKM/ICU/UPEN
- Menghadiri mesyuarat tapak projek RMK / BP6 bersama PTJ/JKR/Agensi pelaksana sebelum/semasa perlaksanaan projek.
- Merancang penghasilan penilaian outcome/impak bagi projek RMK yang berkaitan
- Menyelaras pengumpulan cadangan projek BP6 secara tahunan/berkala daripada semua PTJ dan menyusunnya mengikut keutamaan seterusnya mengemukakannya kepada Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pertimbangan kelulusan peruntukan.
- Menyediakan khidmat teknikal dan penyediaan spesifikasi dalam perancangan dan pelaksanaan projek di negeri;
- Menyelia proses kerja melibatkan pemantauan projek naiktaraf dan ubahsuai yang tidak diselia JKR atau Unit Kejuruteraan, JKN
- Pengurusan Hartanah
- Menyelaras pengumpulan data asas tanah milik PTP kegunaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Menyelaras cadangan penggunaan tanah kerajaan / individu bagi tujuan pembangunan fasiliti kesihatan.
- Menyelaras proses pemberimilikan tanah rizab bagi tujuan mendapatkan hakmiik.
- Memantau aduan pencerobohan tanah milik dan rizab kesihatan untuk tindakan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian.
- Menyelaras permohonan penyewaan premis yang dikemukakan oleh PTJ seterusnya mengangkat permohonan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Premis Demis.
- Pengurusan Kewangan:
- Menyelaras permohonan dan memantau prestasi kewangan projek-projek pembangunan di bawah Belanja peruntukan Pembangunan (P42) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM);
- Menyediakan rekod dan prestasi perbelanjaan peruntukan pembangunan;
- Menyelaras nota minta, pesanan tempatan (LO) dan baucer-baucer bayaran bagi peruntukan pembangunan
- Menyelaras filmsy dan membuat penyata penyesuaian bulanan dibawah peruntukan pembangunan; dan
- Menyelaras waran-waran yang diterima daripada KKM dan membuat agihan sub waran ke PTJ/ Jabatan Kerja Raya (JKR).