Bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia, kewangan, perolehan, pembangunan, aset, latihan, pengurusan teknologi maklumat dan khidmat pengurusan.
Pentadbiran:
Mengurus segala urusan yang berkaitan pembaikan, penyelenggaraan bangunan, kenderaan dan kemudahan, mentadbir urus keselamatan perlindungan, pengurusan surat-menyurat dan fail jabatan, urusan anugerah, pingat dan darjah kebesaran dan menguruskan permohonan-permohonan lain (memiliki tanah kerajaan/saham/hadiah/keluar negara/tuntutan telefon mudah alih).
Sumber Manusia:
Mengurus dan melaksana hal-hal berkaitan tatatertib dan keutuhan/integriti anggota, pelaksanaan MBJ, mesyuarat PPSM, melaksanakan urusan pengiktirafan (APC) kepada anggota dan naziran sumber manusia, HRMIS, menyediakan ABM tahunan dan menguruskan hal-hal perkhidmatan anggota di BKPNM.
Kewangan:
Menyediakan belanjawan tahunan, laporan pemeriksaan bajet setengah tahun, menguruskan waran peruntukan, kutipan terimaan hasil/amanah/deposit, mengadakan mesyuarat JPKA, menguruskan penyediaan SG20 dan bayaran gaji anggota, menguruskan semua jenis pembayaran, elaun dan tuntutan dan mengawal perbelanjaan PWR.