Salam Sejahtera,
Selamat Datang ke Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan Portal Jabatan Kesihatan Negeri Melaka yang baru ini.
Ledakan Teknologi Maklumat telah mencetuskan gelombang pergerakan ilmu yang memecah sempadan-sempadan geografi lantas mempercepatkan proses globalisasi. Untuk tidak ketinggalan dan menyedari hakikat ini pihak Jabatan Kesihatan Negeri Melaka akan terus berusaha memperbaiki dan menampilkan portal rasmi Jabatan yang lebih bermutu, berinteraktif dan informatif pada masa depan.
Adalah diharapkan agar portal rasmi ini menjadi saluran dan media maklumat terkini yang menjadi akses kepada pelawat atau sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat berkenaan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
Sepertimana yang kita sedia maklum, perkhidmatan kesihatan yang kami berikan meliputi skop promosi, pencegahan, rawatan, dan pemantauan dalam aspek Kesihatan Awam, Perubatan, Pergigian, Farmasi, Keselamatan dan Kualiti Makanan dan juga Pengurusan. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar portal rasmi ini dapat memberikan info yang bermanfaat kepada semua pengunjung portal ini. Jabatan Kesihatan Negeri Melaka akan terus berusaha memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sejajar dengan gelombang kemajuan yang dialami Negara.
Saya mengalu-alukan sebarang cadangan bagi memantapkan lagi pengurusan maklumat dan kemudahan yang disediakan melalui portal rasmi Jabatan ini.
Sekian, selamat melayari Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Terima Kasih.
JKNM terbahagi kepada dua (2) perkhidmatan utama atau teras iaitu:-
Memperkasakan rakyat negeri Melaka melalui perkhidmatan promosi, pencegahan, perawatan dan pemulihan ke arah mencapai hidup berkualiti.
Rakyat Melaka sihat sepanjang hayat berteraskan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan holistik.
1. Jujur dan Berintegriti
2. Komited dan Kompeten
3. Nilai Budaya Korporat KKM
4. Multitasking
Warga Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan memberikan layanan dengan hormat, sopan dan penyayang tanpa mengira latar belakang pelanggan. Bagi mencapai matlamat tersebut JKNM berjanji untuk:
Bil | Piagam Pelanggan | Bahagian Bertanggungjawab |
---|---|---|
1 |
Memberi sokongan teknikal kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menguruskan dan |
Kesihatan Awam |
2 | Mengemukakan kes pendakwaan terhadap pelanggaran Undang-Undang Kesihatan Awam kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh lima (5) hari bekerja daripada penerimaan fail dari daerah |
Kesihatan Awam |
3 | Setiap permohonan pembaharuan lesen (operasi dan penggunaan mesin x-ray ) oleh Pengamal Perubatan Swasta akan dikemukakan ke Kementerian Kesihatan Malaysia dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap | Kesihatan Awam |
4 | Memproses permohonan lengkap Penubuhan Lembaga Perubatan di hantar ke Hospital Melaka dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. | Perubatan |
5 | Mengemukakan keputusan Lembaga Perubatan di hantar kepada pemohon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja | Perubatan |
6 | Menyediakan Pasukan Pelindungan Perubatan (PPP) kepada VVIP (Negeri Melaka dan dari Luar Negeri Melaka) yang berkelayakan mengikut Pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia. | Perubatan |
7 | Permohonan pembaharuan lesen kemudahan dan perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta di hantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kelulusan dalam masa tiga puluh lima (35) hari dari tarikh penerimaan lengkap dokumen. | Perubatan |
8 | Permohonan untuk Pendaftaran Klinik Perubatan/Pergigian Swasta akan dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kelulusan dalam masa dua puluh (20) hari dari tarikh premis lulus pemeriksaan pra-pendaftaran. | Perubatan |
9 | Pesakit luar akan dipanggil untuk sesi rawatan oleh pegawai pergigian dalam tempoh 30 minit selepas mendaftar | Pergigian |
10 | Menghantar surat permohonan menjalankan lokum kepada JKN dalam tempoh (1) minggu dari dokumen lengkap diterima | Pergigian |
11 | Menghantar borang permohonan Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan untuk tahun berikutnya ke Majlis Pergigian Malaysia sebelum 30 oktober tahun semasa | Pergigian |
12 | Setiap Permohonan Lesen Racun Jenis A, B, Permit Natrium Hidroksida dan Permit Psikotropik yang lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. | Farmasi |
13 | Mengeluarkan Sijil Penjualan Bebas kepada industri dalam tempoh satu (1) hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima. | BKKM |
14 | Memastikan semua premis makanan yang diperiksa diambil tindakan sekiranya beroperasi secara tidak bersih atau sanitasi yang kotor. | BKKM |
15 | Memastikan permohonan bagi pemantauan keselamatan makanan bagi majlis keraian diproses dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh maklumat lengkap diterima | BKKM |
16 | Menyelesaikan siasatan aduan mudah dan sederhana dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja daripada tarikh aduan diterima. | Pengurusan |
17 | Menyelesaikan bayaran bil dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima. | Pengurusan |
18 | Mengeluarkan Surat Arahan Penempatan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. | Pengurusan |
19 | Memproses Akuan Terimaan Waran Peruntukan dalam tempoh Tiga (3) hari daripada tarikh waran peruntukan diterima. | Pengurusan |
20 | Menyelesaikan aduan kerosakan ICT yang diterima dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja. | Pengurusan |
21 | Mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dalam tempoh 3 hari daripada kelulusan Mesyuarat Jawatan Kuasa Sebutharga JKNM. | Pengurusan |
Untuk membolehkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:
PIAGAM PELANGGAN BAGI HOSPITAL
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti
PIAGAM PELANGGAN BAGI KLINIK KESIHATAN
Kami berjanji untuk :
NO. |
PELANGGAN |
INDIKATOR |
---|---|---|
Ibu Mengandung | ||
1 | Kes Baru | 60 minit |
2 | Kes Ulangan (Normal) | 30 minit |
3 | Kes Ulangan (Bermasalah) | 120 minit |
Bayi / Kanak-Kanak | ||
1 | Kes Baru | 60 minit |
2 | Kes Ulangan (Normal) | 30 minit |
3 | Kes Ulangan (Bermasalah) | 120 minit |
Lain-lain Kategori | ||
1 | Kes Baru | 60 minit |
2 | Kes Ulangan (Normal) | 30 minit |
3 | Kes Ulangan (Bermasalah) | 120 minit |
PIAGAM PELANGGAN BAGI KLINIK PERGIGIAN PRIMER
Kami berjanji untuk :
Rawatan pergigian :
Kepuasan Pelanggan :
Umum :
Bulan | November 2024 | Disember 2024 | Januari 2025 | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bil | Piagam Pelanggan | Bahagian Bertanggungjawab | Bil. Keseluruhan Perkhidmatan/Kes | % menepati standard | Bil. Keseluruhan Perkhidmatan/Kes | % menepati standard | Bil. Keseluruhan Perkhidmatan/Kes | % menepati standard |
1 |
Memberi sokongan teknikal kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menguruskan dan mengawal wabak dengan cekap dan berkesan dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut jenis wabak. |
Kesihatan Awam |
9 |
100% |
6 |
100% |
0 |
0% |
2 | Mengemukakan kes pendakwaan terhadap pelanggaran Undang-Undang Kesihatan Awam kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh lima (5) hari bekerja daripada penerimaan fail dari daerah. | Kesihatan Awam |
371 |
100% |
369 |
100% | 0 | 0% |
3 | Setiap permohonan pembaharuan lesen (operasi dan penggunaan mesin x-ray) oleh Pengamal Perubatan Swasta akan dikemukakan ke Kementerian Kesihatan Malaysia dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap. | Kesihatan Awam |
4 |
100% |
8 |
100% |
0 |
0% |
4 | Menyediakan Pasukan Perlindungan Perubatan (PPP) kepada VVIP (Negeri Melaka dan dari Luar Negeri Melaka) yang berkelayakan mengikut Pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia. | Perubatan |
28 |
100% |
0 |
0% |
0 |
0% |
5 | Memproses permohonan lengkap Penubuhan Lembaga Perubatan di hantar ke Hospital Melaka dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. | Perubatan |
3 |
100% |
0 |
0% |
0 |
0% |
6 | Mengemukakan keputusan Lembaga Perubatan di hantar kepada pemohon dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. | Perubatan |
5 |
100% |
0 |
0% |
0 |
0% |
7 | Permohonan untuk Pendaftaran Klinik Perubatan/Pergigian Swasta akan dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kelulusan dalam masa dua puluh (20) hari dari tarikh premis lulus pemeriksaan pra-pendaftaran. | Perubatan |
4 |
100% |
0 |
0% |
0 |
0% |
8 | Permohonan pembaharuan lesen kemudahan dan perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta di hantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kelulusan dalam masa tiga puluh lima (35) hari dari tarikh penerimaan lengkap dokumen. | Perubatan |
2 |
100% |
0 |
0% |
0 |
0% |
9 | Pesakit luar akan dipanggil untuk sesi rawatan oleh pegawai pergigian dalam tempoh tiga puluh (30) minit selepas mendaftar. | Pergigian | 88.28 | 70% | 84.41 | 70% | 0 | 0% |
10 | Menghantar surat permohonan menjalankan lokum kepada JKN dalam tempoh satu (1) minggu dari dokumen lengkap diterima. | Pergigian | 1 | 100% | 1 | 100% | 0 | 0% |
11 | Menghantar borang permohonan Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan untuk tahun berikutnya ke Majlis Pergigian Malaysia sebelum tiga puluh (30) Oktober tahun semasa. | Pergigian | Data dikumpul pada bulan Oktober | 100% | Data dikumpul pada bulan Oktober | 100% | Data dikumpul pada bulan Oktober | 100% |
12 | Setiap Permohonan Lesen Racun Jenis A, B, Permit Natrium Hidroksida dan Permit Psikotropik yang lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. | Farmasi | 75 | 100% | 135 | 98.54% | 0 | 0% |
13 | Mengeluarkan Sijil Penjualan Bebas kepada industri dalam tempoh satu (1) hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima. | BKKM | 9 | 100% | 11 | 100% | 0 | 0% |
14 | Memastikan semua premis makanan yang diperiksa diambil tindakan sekiranya beroperasi secara tidak bersih atau sanitasi yang kotor. | BKKM | 4 | 100% | 1 | 100% | 0 | 0% |
15 | Memastikan permohonan bagi pemantauan keselamatan makanan bagi majlis keraian diproses dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh maklumat lengkap diterima. | BKKM | 8 | 100% | 3 | 100% | 0 | 0% |
16 | Menyelesaikan siasatan aduan mudah dan sederhana dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja daripada tarikh aduan diterima. | Pengurusan | 42 | 100% | 45 | 100% | 0 | 0% |
17 | Menyelesaikan bayaran bil dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima. | Pengurusan | 470 | 100% | 249 | 100% | 0 | 0% |
18 | Mengeluarkan Surat Arahan Penempatan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. | Pengurusan | 23 | 100% | 196 | 100% | 0 | 0% |
19 | Memproses Akuan Terimaan Waran Peruntukan dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh waran peruntukan diterima. | Pengurusan | 0 | 0% | 0 | 0% | 0 | 0% |
20 | Menyelesaikan aduan kerosakan ICT yang diterima dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja. | Pengurusan | 0 | 0% | 0 | 0% | 0 | 0% |
21 | Mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dalam tempoh tiga (3) hari daripada kelulusan Mesyuarat Jawatan Kuasa Sebutharga JKNM. | Pengurusan | 1 | 100% | 0 | 0% | 0 | 0% |
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO) JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA