Perkhidmatan Pergigian Pra Sekolah

  PERKHIDMATAN  PERGIGIAN  PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN PRIMER

Pengenalan

Kanak-kanak berumur 5-6 tahun merupakan salah satu kumpulan sasar dalam kategori pra sekolah bagi penyampaian perkhidmatan pergigian primer. Perkhidmatan pergigian pra sekolah diberi kepada murid-murid di tadika-tadika kerajaan dan swasta.

Objektif

Objektif utama adalah untuk mencapai status oral yang baik dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 50% kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun mempunyai Mulut Bebas Karies (MBK).

Fungsi

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kesihatan pergigian kepada kanak-kanak. Ianya diharapkan dapat memupuk kesedaran serta menanam minat terhadap penjagaan kesihatan pergigian dari kecil dan seterusnya dapat dikekalkan sehingga dewasa. Program ini bertujuan memberi kesedaran penjagaan kesihatan pergigian kepada guru sekolah serta ibubapa/penjaga murid ini.

Program / Aktiviti

  1. Perancangan: Membuat perancangan pemberian Pendidikan kesihatan dan rawatan pergigian. Lawatan ke tadika-tadika dilakukan sekurany-kurangnya 2 kali setahun.
     
    LAWATAN PERTAMA LAWATAN KEDUA
    • Ceramah kesihatan pergigian
    • Latihan memberus gigi berkesan
    • Pemeriksaan Pemeriksaan pergigian
    • Latihan memberus gigi berkesan Role play / Pertunjukan puppet/
    • Permainan aplikasi pergigian
    • Rawatan pergigian

     

  2. Memperkasa mesej kesihatan pergigian melalui aktiviti promosi

    Pelbagai aktiviti menarik dirancang merangkumi latihan memberus gigi (LMG) , ceramah, 'role play’, pertunjukan puppet dan permainan aplikasi pergigian.

  3. Memperkukuhkan kolaborasi dengan pelbagai sektor

    Program pra sekolah sentiasa menjalinkan kerjasama yang baik antara pelbagai agensi seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM), Jabatan Perpaduan Negara , Jabatan Agama/Majlis Agama Negeri dan pelbagai pihak.
     

Antara aktiviti yang dilaksanakan di premis Pra Sekolah Latihan Memberus Gigi:


Ceramah Pendidikan Pergigian



Latihan Memberus Gigi



Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian



Permainan Puzzle
 

© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara