Perubatan: Unit Rekod Perubatan

  KORPORAT  BAHAGIAN  BAHAGIAN PERUBATAN

Pengenalan

Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan).  Unit ini diketuai oleh Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41, seorang Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N29, seorang Pembantu Tadbir (Rekod Perubatan) Kanan N22 dan dua orang  Pembantu Tadbir Gred N19.

 

Objektif

Berusaha mencapai bidang keberhasilan utama iaitu memastikan semua data dan maklumat yang dihasilkan adalah tepat, cepat dan boleh dipercayai untuk kegunaan dan rujukan pihak-pihak yang berkepentingan.

 

Fungsi

  1. Menyenggara Statistik Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan di peringkat negeri.
  2. Menyenggara laporan HMIS e-Reporting di hospital kerajaan dan juga hospital-hospital swasta dan rumah bersalin.
  3. Menguruskan penerbitan, dan pengedaran Buku-Buku Laporan Tahunan Jabatan / Buku Data dan Maklumat di peringkat negeri.
  4. Menguruskan proses Penubuhan Lembaga Perubatan yang dipohon oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
  5. Menguruskan proses penubuhan Jawatankuasa Siasatan Bebas.
  6. Memantau dan menyelia bagi memastikan hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah mematuhi Garispanduan Pengurusan Rekod Perubatan dan Pengurusan Laporan Perubatan dan sebarang arahan atau pekeliling yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
  7. Merancang keperluan kursus/latihan untuk anggota Unit Rekod Perubatan.
© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara