Profil Unit
Unit Industri bertanggungjawab merancang, melaksana dan menilai aktiviti industri domestik di peringkat negeri.
Objektif
Untuk menjalankan audit pematuhan dan pengawasan bagi pelaksanaan skim pensijilan keselamatan makanan seperti Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practice (GMP), Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), melaksanakan sistem Pre-Market Approval di peringkat negeri, melaksanakan prosedur dan garis panduan mengenai kawalan industri domestik dan memberi khidmat nasihat kepada pihak industri mengenai keperluan keselamatan makanan.
Fungsi
- Mengurus, mentadbir merancang dan menyelia aktiviti pelaksanakan skim jaminan keselamatan dan kualiti makanan/ rantaian makanan bagi membantu industri makanan untuk mengeluarkan produk yang mampu berdaya saing di pasaran antarabangsa.
- Mengurus, mentadbir merancang dan menyelia aktiviti pencapaian skim pensijilan seperti Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Good Manufacturing Practice (GMP), Trust MyCatering, Food Defense, Authentic, MyFood Gap dll.
- Mengurus, mentadbir merancang dan menyelia aktiviti-aktiviti audit terhadap syarikat yang memohon pensijilan-pensijilan berikut di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia Audit Preliminari/Pematuhan/ Pembaharuan Sijil terhadap syarikat yang memohon Pensijilan Sistem Hazard Analysis and Critical Control Point, Pensijilan Good Manufacturing Practice, MeSTI dll.
- Merancang, melaksanakan dan menilai kawalan eksport di peringkat negeri.
Program / Aktiviti
- Merancang dan menjalankan audit pensijilan HACCP, GMP, MeSTI, Trust MyCatering, Food Defense, Authentic, MyFood Gap dll.
- Melaksanakan penilaian kawalan eksport di peringkat negeri.