Kaunseling ubat – ubatan pesakit yang menghidapi penyakit kronik
Ubat – ubatan khas : warfarin, alendronate dan lain – lain
Ubat – ubatan dalam bentuk dos seperti patch, pessari, suppositori dan pelbagai lagi.
Perkhidmatan Klinik Kepatuhan Terapi Ubat (MTAC)
MTAC (Medication Therapeutic Adherence Clinic) merupakan perkhidmatan kaunseling ubat secara bermodul dan fokus untuk jenis-jenis penyakit tertentu.
Pesakit boleh mendapat maklumat terperinci berkaitan kaedah pengambilan ubat oleh pesakit. MTAC memberi penekanan pada pengurusan ubat-ubatan untuk meningkatkan kualiti hidup, keselamatan pengubatan dan keberkesanan kos penjagaan pesakit.
Hospital Melaka menawarkan paling banyak jenis Klinik Kepatuhan Terapi Ubat (MTAC) antaranya ialah diabetes, antikoagulan, antiretroviral (dewasa & paediatrik), rehabilitasi kardiak, respiratori (dewasa & paediatrik), neurologi, nefrologi, psoriasis.
Hospital Alor Gajah, Hospital Jasin dan klinik kesihatan turut menawarkan Klinik Kepatuhan Terapi Ubat (MTAC) mengikut kesesuaian masing-masing.
Perkhidmatan Pendispensan Rawatan Terapi Gantian Methadone
Perkhidmatan ini ditawarkan kepada penagih dadah jenis opiod (contoh: heroin) yang hendak menjalani rawatan.
Program Rawatan Methadone merupakan salah satu komponen pengurangan mudarat (harm reduction) yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha negara mengurangkan jangkitan penyakit bawaan darah dalam kalangan pengguna dadah secara suntikan serta membantu dan merawat pesakit yang mempunyai masalah penagihan dadah khasnya opioid.
Rawatan Methadone diberikan secara percuma kepada warganegara Malaysia yang merupakan penagih dadah jenis opiod dan mempunyai kebergantungan (dependency) kepada opiat.
Sila rujuk di sini untuk direktori hospital dan klinik kesihatan yang menawarkan Terapi Gantian Methadone:
Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (Value Added Services - VAS)
Jika pesakit mempunyai temujanji untuk ubat susulan, terdapat Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (Value Added Services – VAS) yang disediakan seperti berikut mengikut hospital atau klinik kesihatan yang menawarkannya:
Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) Membolehkan pesakit untuk mendapatkan baki bekalan ubat seterusnya dari mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tersenarai dalam Direktori SPUB KKM melalui sistem rujukan yang seragam di seluruh negara
Melalui perkhidmatan ini, pesakit boleh mendapatkan bekalan ubat susulan mereka di fasiliti kesihatan KKM terdekat dengan rumah.
Sistem ini ditawarkan kepada semua pesakit yang mendapatkan rawatan dan menerima preskripsi jangka panjang (jangka masa melebihi satu bulan) dari hospital/klinik kesihatan/institusi KKM.
SMS dan Ambil Pesakit akan terima SMS dari Farmasi Pesakit Luar di Klinik Kesihatan di mana mereka menerima rawatan untuk maklumkan tarikh pengambilan ubat susulan.
Telefon dan Ambil Sistem pendispensan ini membolehkan pesakit menggunakan telefon untuk memaklumkan farmasi bagi mendapatkan bekalan ubat susulan di kaunter farmasi. Bekalan ubat pesakit akan disediakan terlebih dahulu sebelum tarikh temujanji.
Kad Temujanji Farmasi Sistem pendispensan ini membolehkan pesakit menggunakan kad temujanji untuk mendapatkan bekalan ubat susulan di kaunter farmasi. Bekalan ubat pesakit akan disediakan terlebih dahulu sebelum tarikh temujanji
Ubat Melalui Pos (UMP) Perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit menggunakan syarikat kurier (Contohnya Pos Laju) dengan caj kiriman yang telah ditetapkan.
Farmasi Pandu Lalu Perkhidmatan ini menyediakan kemudahan alternatif untuk pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan di luar kawasan farmasi. Bekalan ubat pesakit akan disediakan terlebih dahulu sebelum tarikh temujanji.
Locker4U Perkhidmatan ini membolehkan pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat susulan secara layan diri. Bekalan ubat pesakit akan disediakan terlebih dahulu sebelum tarikh temujanji
Ubat pesakit akan diletakkan di dalam locker yang ditetapkan.
Pusat Pengambilan Ubat Setempat (PPUSS) Terdapat 2 PPUSS dalam Negeri Melaka iaitu di Bahagian Perkhidmatan Farmasi di Wisma Persekutuan dikenali sebagai perkhidmatan Fast2U dan di Klinik Kesihatan UTC.
Pesakit mempunyai pilihan untuk mengambil ubat di kedua-dua tempat ini juga dan ubat susulan akan disediakan lebih awal bagi pesakit yang telah mendaftar di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di mana mereka mendapatkan rawatan.
MyUbat MyUbat ialah suatu aplikasi yang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat dari fasiliti kesihatan pesakit menerima rawatan.
Sila rujuk di sini untuk direktori hospital dan klinik kesihatan beserta perkhidmatan farmasi yang ditawarkan: