Keselamatan Radiasi

  PERKHIDMATAN  KESIHATAN AWAM

Profil Unit

Unit Keselamatan Radiasi (UKR) di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2006. Unit Keselamatan Radiasi diperlukan untuk memantau penggunaan sinaran mengion bagi tujuan perubatan di negeri Melaka supaya selaras dengan Akta 304. Sumber kuasa UKR adalah berdasarkan kepada Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304), Peraturan-peraturan Perlindungan Sinaran (Perlesenan) 1986 dan peraturan lain yang berkaitan.

UKR di Jabatan Kesihatan Negeri diketuai oleh Pegawai Sains Fizik yang bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam). Unit ini memastikan aktiviti penggunaan sinar mengion di klinik/hospital swasta dan kerajaan di seluruh negeri ini adalah selamat dan wajar dengan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304) bagi maksud perubatan.
 

Objektif

Mengawal penggunaan sinaran mengion ( ionizing radiation ) dalam perubatan melalui aktiviti-aktiviti pemantauan , pemeriksaan dan penguatkuasaan di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 ( AKTA 304 ) ke atas hospital / klinik swasta.

Membantu dan memberi khidmat nasihat teknikal kepada hospital/klinik kerajaan agar semua keperluan/ kehendak Akta 304 di patuhi selaras dengan dasar pembangunan negeri untuk meningkatkan taraf kesihatan dan sosio ekonomi penduduk.
 

Fungsi Unit

- Maklumat sedang dikemaskini -

Aktiviti - aktiviti yang dilaksanakan :

• Perlesenan dan pendaftaran penggunaan sinaran kepada premis swasta.
• Pemantauan dan pemonitoran perlesenan di bawah Akta 304.
• Memantau Pengujian Prestasi (QC) radas penyinaran oeh Juruperunding Kelas H.
• Program kesedaran perlindungan sinaran.
 

Strategi Program

• Menguatkuasa Akta 304 dan garispanduan perlesenan
• Mempertingkatkan aktiviti pemeriksaan pematuhan keperluan perlesenan
• Memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan pemegang lesen tentang kepentingan keselamatan sinaran
• Meningkatkan proses pemantauan perlesenan
• Menjalankan pemeriksaan prestasi radas penyinaran
• Menyelaras Program Jaminan Mutu Radiologi
• Memberi latihan dan ceramah

© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara