Profil Unit
- Maklumat sedang dikemaskini -
Objektif
- Maklumat sedang dikemaskini -
Fungsi Unit
1. Merancang dan Melaksanakan Perkhidmatan Kesihatan Keluarga.
- Merancang dan melaksanakan Program latihan mengenai Kesihatan Keluarga di peringkat tempatan misalnya kursus-kursus dalam perkhidmatan, bengkel dan persidangan.
- Mengadakan mesyuarat berkala dengan kakitangan kesihatan untuk meneliti semula dan membincangkan aktiviti-aktiviti yang berterusan dan memberi taklimat mengenai aktiviti-aktiviti baru.
- Memberi dan mengedarkan garis panduan teknikal yang bersesuaian mengenai Perkhidmatan Kesihatan Keluarga kepada Pegawai Kesihatan, Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Jururawat dan kakitangan auxiliary.
- Mengesyorkan penempatan pegawai-pegawai terlatih yang mencukupi, kenderaan yang cukup dan sumber-sumber lain yang mencukupi.
2. Memantau / Menyelia Pencapaian Aktiviti-aktiviti Kesihatan Keluarga.
- Mengumpul data-data/ laporan dari daerah.
- Menganalisa data-data dari aspek pencapaian dan kelemahan.
- Mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
- Lawatan-lawatan luar ke klinik-klinik bagi memastikan norma-norma dan peraturan-peraturan seperti di dalam garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia diikuti.
3. Menilai Perkhidmatan Kesihatan Keluarga Melalui:
- Pencapaian PTS, SOP, QAP & KPI
4. Menjalankan tugas pentadbiran
- Penyediaan anggaran belanjawan tahunan untuk semua aktiviti-aktiviti dan keperluan yang berkaitan dengan Kesihatan Keluarga.
- Menguruskan permohonan perjawatan ABM.
- Lain-lain tugas mengikut keperluan semasa.
Program / Aktiviti
1. Perkhidmatan Kesihatan Ibu
- Rawatan Antenatal
- Rawatan Postnatal
- Perbidanan di Rumah
- Perancang Keluarga
- Perkhidmatan Pap Smear
- Kesihatan Wanita Dewasa
- Pendidikan Kesihatan
2. Perkhidmatan Kesihatan Anak
- Menilai kesihatan bayi dan kanak-kanak
- Pelalian
- Rawatan kecederaan ringan
- Strategi khusus saringan G6PD dan jangkitan saluran pernafasan (ARI)
- Pendidikan Kesihatan
3. Rancangan Kesihatan Sekolah
- Perkhidmatan Kesihatan Pra sekolah dan sekolah
- Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)
- Pelalian
- Pemakanan termasuk Program Bantuan Makanan Sekolah
- Pendidikan Kesihatan
4. Perkhidmatan Masyarakat
- Lawatan ke rumah
- Perkhidmatan ‘Home Care Nursing’
5. Program Perluasan Skop
- Program Pemulihan Kanak-kanak Keperluan Khas