Pengenalan
Unit Pentadbiran, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) merupakan antara komponen utama yang menyokong kepada penyampaian perkhidmatan di Bahagian Pengurusan. Unit ini diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan M44, yang dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan N32, seorang Penolong Pegawai Tadbir N29 dan seorang Pembantu Tadbir Kanan N22. Unit Pentadbiran juga dianggotai oleh 5 orang Pembantu Tadbir (N19), 2 orang Pegawai Khidmat Pelanggan N19, 6 orang Pemandu ( H11-16), 7 orang Pembantu Operasi N11 dan 2 orang Pembantu Awam (H11).
Fungsi
Urusetia Mesyuarat
- Mesyuarat Pagi Pengarah
- Mesyuarat Pengurusan Negeri
- Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan PTJ
- Mesyuarat Bahagian Pengurusan
- Mesyuarat Post Exco Kesihatan dan Antidadah
- Mesyuarat Pengurusan Aduan Peringkat Negeri
Pengurusan Aduan
- Menerima dan menyelaras penerimaan aduan PTJ.
- Menyediakan surat Akuan Terima Aduan.
- Memantau dan menyelaras penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SiSPAA).
- Memastikan jawapan/maklum balas yang dikemukakan kepada pengadu adalah sesuai dan menepati dengan kes tersebut.
- Memastikan aduan mudah dan sederhana selesai dalam tempoh 15 hari selepas penerimaan.
- Menyelaras saringan akhbar harian.
- Menyelaras jawapan/maklum balas aduan akhbar dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan aduan akhbar tersebut.
Pengurusan Majlis
- Menguruskan majlis-majlis rasmi Jabatan.
- Memastikan majlis yang dianjurkan berjalan lancar.
Pengurusan Pentadbiran Am
- Content Provider Portal dan Facebook rasmi Jabatan
- Admin emel dan Facebook rasmi Jabatan
- Urusan surat menyurat
- Pengurusan fail dan bilik fail
- Pengurusan kaunter khidmat pelanggan
- Pengurusan Kenderaan
- Urusan tempahan Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan
- Pengurusan perakam waktu (eKehadiran)
- Perhimpunan Bulanan JKNM
- Urusan Permohonan Lawatan Ke Luar Negara
- Pas Keselamatan Jabatan/ kad akses pintu
- Urusan pencalonan Darjah & Pingat Kebesaran Negeri/Persekutuan
- Urusan pemilihan anggota kesihatan bertugas pada musim haji
- Urusan keselamatan Jabatan