Kementerian Kesihatan telah melancarkan latihan program pengendali makanan pada tahun 1996 dengan mengiktiraf institut swasta bagi menjalankan kursus asas dalam aspek kebersihan dan pengendalian makanan. Menerusi program ini modul latihan yang seragam untuk semua pengusaha dan pengendali makanan telah diwujudkan. Sesi latihan ini dikendalikan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM di seluruh negara.
Objektif Program ini ialah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 telah diwartakan pada 28 Februari 2009 dengan mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Kursus LPM di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM. KKM bertanggungjawab sepenuhnya dalam aktiviti akreditasi dan pemantauan bagi SLPM dan tenaga pengajar. Di Melaka Terdapat sebanyak 9 buah sekolah latihan pengendali makanan (yang menawarkan kursus kepada orang luar) yang diiktiraf oleh KKM. Bagi mereka yang ingin menghadiri kursus LPM boleh hubungi sendiri dengan sekolah-sekolah berkenaan untuk mendapatkan jadual kelas.
Secara ringkasnya Program LPM melibatkan aktiviti seperti berikut :
KKM telah mengeluarkan Garis Panduan Skim Akreditasi Program Latihan Pengendali Makanan (LPM) sebagai panduan kepada semua SLPM dan tenaga pengajar yang diiktiraf serta individu yang berminat untuk menyertai skim akreditasi Program LPM. Garispanduan ini juga membantu memberi panduan kepada juruaudit semasa menjalankan proses pemantauan bagi SLPM dan tenaga pengajar.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman Program Latihan Pengendali Makanan di Portal Rasmi BKKM .
Nama Syarikat | Alamat | Nama Koordinator | Nombor Telefon |
---|---|---|---|
AMD MANAGEMENT AND CONSULTANCY (M) SDN.BHD | BB 353, JALAN MERAK TAMAN MELAKA BARU, 75350 BATU BERENDAM, MELAKA | Aimy Bt Abdullah | 012-6183736 06-3178081 |
ATHA LABORATORIES SDN.BHD |
48A, Lorong Setia 1, Ayer Keroh Heights, |
|
06-2310588 012-6204087 |
ITS MANAGEMENT SDN BHD | NO 47-2, JALAN PPM8, PLAZA PANDAN MALIM BUSINESS PARK, 75250 MELAKA | CHONG HOI SAN |
012-7181162 |
KOLEJ KOMUNITI BUKIT BERUANG | No 2, Jalan BBP 1, Taman Bukit Beruang Permai, Melaka | ROHALIZA BT ABD RAHIM | 019-3113843 06-2332837 |
MATAAYER | No.1, Lot 236, Lebuh AMJ,Mukim Padang Semabok, 75050 Melaka | Dr.Norazlanshah Bin Hazali |
012-3032700 |
UniKL MICET | UniKL MICET, Lot 1988, Vendor City Taboh Naning, 78000 Alor Gajah, Melaka | Mohamad Zainol Bakhtiar Mohd Basir | 60 13-610 0043 |
C&J FOOD MANAGEMENT | 13-1, Jalan KLJ 6, Taman Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka | NG JEAN HAN | 018-3698977 |
POLITEKNIK MERLIMAU | KB 1031 Pejabat Pos Merlimau, 47300 Merlimau. Jasin | Suhana Bt Sabran | 0163384653 |
DAUN HIJAU ENTERPRISE | F15-A Peringgit Point, Jalan Batu Hampar,Melaka | Zawiah LODS | 012-681 5771 |
HUMAIRAH GLOBAL MANAGEMENT & SERVICES PLT | No 17-1, Jalan MH3, Taman Muzaffat Heights,Ayer Keroh, 75450 Melaka | Noor Aisyah Bt Abdullah | 016-8319496 |
KOLEJ RISDA ALOR GAJAH | Lot 2020, Ayer Pa’apas, 78000 Alor Gajah,Melaka | Nurul Ain Bt Sulaiman | 014-664 0280 |
KOLEJ PROFESIONAL MARA,BANDAR ,MELAKA | Jalan Hang Tuah, Bandar Melaka, 75300 Melaka | Nurul Amirah Bt Sham | 013-2279877 |
RSS CONSULTANT & SERVICES | F-07, Aras 1 Kompleks Melaka Mall Jalan Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka | Thilagawaty a/p Govindasamy | 019-770 5874 |