Pembangunan Polisi dan Perancangan Dalam Kesihatan Awam
Membantu membangun program atau projek yang merangkumi penggubalan dasar, perancangan dan pelaksanaan.
Membantu perancangan dan pengurusan sumber bagi membangun program/projek dalam kesihatan awam.
Membantu membangun strategi dan pelan untuk menyokong dan memelihara kesihatan awam.
Melaksanakan pengurusan strategik dalam sistem kesihatan
Mencadangkan pengenalan atau perluasan skop perkhidmatan/aktiviti.
Terlibat dalam usaha meningkatkan taraf kemudahan perkhidmatan kesihatan (peralatan, kepakaran, infrastruktur dll).
Memantau, menilai dan memberi input teknikal ke atas Program Kepastian Kualiti (QAP).
Bertindak secara kompeten dalam pengurusan bencana dan situasi kecemasan, jika ada.
Pembangunan dan perancangan sumber manusia dalam kesihatan awam
Menilai dan memantau keadaan semasa berkaitan sumber manusia berdasarkan kuantiti, kategori, kelayakan, kebolehan dan taburan kakitangan.
Mengenalpasti dan mengunjurkan keperluan tenaga kerja berdasarkan kuantiti dan kualiti.
Memastikan kakitangan memperolehi pengetahuan dan latihan yang mencukupi.
Merancang dan melaksana latihan dalam perkhidmatan (in-service training) bagi tenaga kesihatan awam serta menggalakkan pendidikan profesional berterusan (continuing professional education).
Memantau dan menilai kualiti dan kuantiti latihan/kursus yang dijalankan.
Memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada individu dan masyarakat
Mengenalpasti indikator kualiti berdasarkan perkhidmatan kesihatan.
Memberikan nasihat/input teknikal serta membantu melaksanakan mekanisme untuk menambahbaik kualiti yang berkaitan.
Melaksanakan mekanisme penambahbaikan.
Memantau dan menilai aktiviti inisiatif kualiti.
Penyelidikan, perkembangan dan pelaksanaan penyelesaian kesihatan awam yang inovatif
Melakukan penyelidikan dan seterusnya menerbitkan laporan mengenai masalah kesihatan awam.
Terlibat menggalakkan penglibatan kakitangan kesihatan awam dalam penyelidikan pada semua peringkat.
Menyebarkan maklumat hasil kajian kepada agensi (kesihatan ataupun bukan kesihatan) melalui pelbagai saluran seperti penulisan dalam jurnal, persembahan dalam mesyuarat, seminar, persidangan dan sebagainya.
Menggalakkan kerjasama dan pendekatan bersama antara agensi kesihatan dan organisasi lain untuk tujuan penyelidikan.
Objektif Penubuhan Unit Kualiti
Memastikan sistem pengurusan Q Bahagian Kesihatan Awam sentiasa dipertingkatkan melalui maklum balas pelanggan yang menggunakan berbagai mekanisma spt: peti cadangan, portal, ‘survey’, perjumpaan dan sebagainya.(melalui maklum balas yang diterima dari urusetia aduan , ketua-ketua PTJ, Ketua- ketua unit di Bahagian Kesihatan Awam)
Memastikan wujudnya perancangan pelan tindakan tahunan bagi peningkatan pengurusan Q setelah berbincang dengan ahli pasukan Q (AJK dan Juruaudit) dan disahkan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam)
Menjadi pusat sumber pangkalan data dan maklumat utama dan terkini mengenai sistem pengurusan kualiti Bahagian Kesihatan Awam khususnya seperti pencapaian indikator KPI dan QA/NIA setiap unit di bawah Bahagian Kesihatan Awam
Menjadi tempat memberi komen mengenai hal berkaitan pengurusan Q Bahagian Kesihatan Awam dari segi pengurusan menyeluruh untuk tujuan penambahbaikan.
Memupuk budaya Q dengan mengadakan audit secara konstan dan kempen kesedaran yang berterusan.
Fungsi Unit Kualiti
Menjadi penyelaras kepada aktiviti-aktiviti Q dengan kerjasama urusetia inisitif kualiti yang dilantik untuk 11 inisiatif kualiti Bahagian Kesihatan Awam, serta menasihati pihak pengurusan mengenai perkara-perkara yang perlu bagi penambahbaikan berterusan.
Memantau proses perjalanan kerja setiap bahagian, unit dan program yang terdapat di Bahagian Kesihatan Awam ini untuk memastikan masing-masing mempunyai dokumen yang diperlukan bagi staf seperti; MPK, FM/ Arahan Kerja dan Fail Kursus yang lengkap.
Menilai perkara di atas dan mendapat maklum balas dari ketua unit berkenaan mengenai masalah dan kelemahan yang ada. (melalui audit dalam).
Membuat laporan mengenai perkara 1.2.2 dan 1.2.3 dan memberi cadangan untuk penambahbaikan. (melalui laporan audit dalam).
Menganjurkan aktiviti penambahbaikan untuk ketua –ketua bahagian, unit dan program dan ahli pasukan Q mengikut keperluan semasa berdasarkan kepada laporan yang diperolehi seperti; bengkel, kursus, taklimat dan lawatan yang berkaitan Q..
Memantau secara berterusan (walaupun penambahbaikan telah dilaksanakan) untuk memupuk amalan Q menjadi satu budaya. (melalui audit dalam).
Antara aktiviti dibawah Unit Kualiti
Menilai dan memantau keadaan semasa berkaitan sumber manusia berdasarkan kuantiti, kategori, kelayakan, kebolehan dan taburan kakitangan.
Mengenalpasti dan mengunjurkan keperluan tenaga kerja berdasarkan kuantiti dan kualiti.
Memastikan kakitangan memperolehi pengetahuan dan latihan yang mencukupi.
Merancang dan melaksana latihan dalam perkhidmatan (in-service training) bagi tenaga kesihatan awam serta menggalakkan pendidikan profesional berterusan (continuing professional education).
Memantau dan menilai kualiti dan kuantiti latihan/kursus yang dijalankan.