PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO) JABATAN KESIHATAN NEGERI MELAKA
- Melaksanakan kawalan keselamatan ICT selaras dengan keperluan KKM;
- Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan DKICT KKM kepada semua pengguna;
- Menjalankan pengurusan risiko;
- Menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas pengurusan berdasarkan hasil penemuan dan menyediakan laporan mengenainya;
- Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Pengendalian Insiden Keselamatan ICT KKM (CERT KKM);
- Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenalpasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera;
- Memantau pematuhan DKICT KKM;
- Menyedia dan melaksanakan keseluruhan program-program keselamatan ICT KKM; dan
- Menjalankan penilaian untuk memastikan tahap keselamatan ICT dan mengambil tindakan pemulihan dan pengukuhan bagi meningkatkan tahap keselamatan infrastruktur ICT supaya insiden baru dapat dielakkan.