Unit Amalan & Perkembangan Kesihatan Pergigian

  KORPORAT  BAHAGIAN  BAHAGIAN PERGIGIAN

Profil Unit

Bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras, memantau dan melapor pelaksanaan dan pencapaian aktiviti inisiatif kualiti Program Pergigian serta menjamin pengamalan kesihatan pergigian yang selamat dan berkualiti di fasiliti pergigian awam dan swasta melalui penguatkuasaan undang-undang, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.


Fungsi Unit

Amalan Kesihatan Pergigian Dan Auksiliari: 
Mengendalikan semua urusan berkaitan perjawatan, kemajuan kerjaya dan kebajikan anggota pergigian profesional dan auksiliari.
 
Perundangan Dan Penguatkuasaan Kesihatan Pergigian: 
Memastikan pengamalan kesihatan pergigian di fasiliti pergigian awam dan swasta adalah selamat dan berkualiti melalui penguatkuasaan undang-undang, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

Kualiti Kesihatan Pergigian: 
Memastikan semua inisiatif kualiti KKM yang berkaitan dilaksanakan di peringkat negeri mengikut ketetapan bagi menjamin penyampaian perkhidmatan pergigian yang selamat dan berkualiti. Inisiatif kualiti Program Pergigian ini merangkumi inisiatif kualiti teknikal dan inisiatif kualiti pengurusan. 


Program / Aktiviti

© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara