Pada tahun 2009 penamaan semula Unit Teknologi Maklumat kepada Unit Pengurusan Maklumat, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) telah dibuat selaras dengan penamaan semula Bahagian Teknologi Maklumat dan komunikasi kepada Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pada tahun yang sama juga perjawatan F48 telah diwujudkan dan telah diisi.
Membantu pihak pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan PTJ-PTJ dibawahnya dalam melaksanakan strategi-strategi jangka panjang dan pendek melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan lebih cekap dan berkesan.
Menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dalam usaha mengkomputerisasikan PTJ-PTJ dibawah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bagi memperbaiki dan mempertingkatkan keberkesanan, kualiti dan produktiviti dalam pentadbiran Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan kesihatan orang ramai.
Fungsi Utama Unit Pengurusan Maklumat terbahagi kepada tiga iaitu :
Pengurusan Rangkaian, Operasi, Teknikal dan Keselamatan ICT
Pengurusan Pembangunan Sistem Aplikasi, Web dan Emel