Objektif

Golongan dewasa tidak mempunyai Program Kesihatan Pergigian yang khusus berbanding golongan yang lain. Menurut kajian, lima (5) daripada sepuluh (10) orang dewasa di Malaysia merasakan mereka mempunyai kesihatan mulut yang baik. Namun sembilan (9) daripada sepuluh (10) golongan dewasa memerlukan perkhidmatan pergigian.

Fungsi

Oleh itu antara langkah pencegahan yang diperkenalkan ialah saringan kesihatan periodontium (BPE) bagi pesakit 18 tahun ke atas. Bagi pesakit dewasa yang mempunyai skor BPE empat (4) akan dirujuk kepada Pakar Periodontik untuk rawatan susulan. Tujuan saringan ini ialah bagi pengesanan awal masalah gusi dan periodontium serta mencegah masalah tersebut daripada menjadi semakin teruk.

Selain itu, Perkhidmatan Pergigian Endodontik di Klinik Pergigian Primer (KEPP) juga telah diperkenalkan bertujuan mengekalkan fungsi gigi sepanjang hayat serta mengurangkan kehilangan gigi. Bagi Negeri Melaka, terdapat tiga (3) Perkhidmatan Pergigian Endodontik di Klinik Pergigian Primer (KEPP) iaitu di Klinik Pergigian Ayer Molek, Klinik Pergigian Rembia dan Klinik Pergigian Umbai.

© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara