Pengenalan
Pergigian Kesihatan Awam mensasarkan perkhidmatan kepada individu atau masyarakat yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit mulut. Selaras dengan itu, Pergigian Kesihatan Awam Melaka telah menubuhkan dua unit iaitu:
Objektif
Meningkatkan taraf kesihatan mulut dan kualiti hidup masyarakat melalui Konsep Kesejahteraan Keluarga dengan mensasarkan individu berisiko tinggi mendapat penyakit oral sebagai penanda aras di dalam sesebuah keluarga atau kumpulan masyarakat.
Fungsi
Unit Pakar Pergigian Kesihatan Awam
Unit Pakar Pergigian Kesihatan Awam(UPPKA) telah ditubuhkan di Klinik Pergigian Kuala Sg. Baru, Alor Gajah pada bulan Julai 2020. Tujuan penubuhan adalah untuk meningkatkan taraf kesihatan mulut bukan hanya kepada individu sahaja tetapi termasuk juga masyarakat, melalui perubahan tingkah laku ke arah amalan kesihatan mulut yang lebih baik.
Pusat Pencegahan Pergigian
Pusat Pergigian Pencegahan Daerah Melaka Tengah (PPP) mula beroperasi sepenuhnya sejak Januari 2021. Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan mulut terutamanya golongan kanak-kanak.
Program / Aktiviti
• Penilaian Risiko Karies dan Skor Plak
• Ujian Air Liur
• Pencegahan klinikal
• Demonstrasi Memberus Gigi
• Kaunseling dan Pendidikan Kesihatan Pergigian
Pemeriksaan Risiko Karies dan pencegahan klinikal
Sesi kaunseling bersama pesakit dan ahli keluarga