Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

  KORPORAT  BAHAGIAN
Profil Bahagian

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) adalah salah satu Program di bawah Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan diwujudkan untuk melindungi orang awam dari bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penyimpanan makanan. Aktiviti ini telah berkembang dengan pesat sejak tahun 1950an. Sebelum tahun 1985, penguatkuasaan ke atas keselamatan dan mutu makanan dijalankan di bawah Ordinan Jualan Makanan dan Dadah 1952. Keperluan perundangan makanan direalisasikan dengan kemajuan negara sejajar dengan perkembangan dunia dalam sekuriti dan keselamatan makanan; perkembangan dalam teknologi penghasilan makanan serta pemasaran makanan. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dikuatkuasakan pada Oktober 1985.

Bermula dari penubuhannya pada tahun 1974, Bahagian ini dikenali sebagai Unit Kawalan Mutu Makanan. Selaras dengan pembangunan industri makanan Negara, peningkatan trend ekonomi pada awal tahun 1990an dan isu keselamatan makanan secara global, Unit Kawalan Mutu Makanan telah dinaiktaraf ke Bahagian Kawalan Mutu Makanan di peringkat Kementerian pada tahun 1993. Pada September 2004, Bahagian Kawalan Mutu Makanan telah melakukan penjenamaan semula kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Bahagian ini telah dinaiktaraf kepada satu Program pada 1 Julai 2010 dengan diketuai oleh Pengarah Kanan dan dua Pengarah Bahagian.

Visi

Peneraju kawalan keselamatan dan kualiti makanan negara.

Misi

Memperkasakan kawalan keselamatan dan kualiti makanan di sepanjang rantaian bekalan makanan melalui akauntabiliti bersama pemegang taruh bagi memastikan rakyat mendapat makanan yang selamat dan berkualiti.

Objektif

Melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan serta mempermudahkan perdagangan makanan melalui:

  • Pengukuhan dasar dan perundangan keselamatan dan kualiti makanan;
  • Pengukuhan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan ke atas makanan import, domestik dan premis makanan bagi memastikan kepatuhan terhadap perundangan makanan negara;
  • Pengukuhan kawalan makanan eksport;
  • Pemantapan intervensi dalam menangani isu dan cabaran keselamatan makanan;
  • Penggunaan sains dan teknologi baharu dalam penghasilan maklumat keselamatan dan kualiti makanan berasaskan bukti saintifik;
  • Pemerkasaan keupayaan komunikasi dan pendidikan berhubung keselamatan dan kualiti makanan;
  • Pemerkasaan industri makanan dan pengguna dalam pembudayaan keselamatan dan kualiti makanan; dan
  • Pemantapan kolaborasi dengan semua pemegang taruh di dalam dan luar negara bagi melindungi kepentingan negara berkaitan keselamatan dan kualiti makanan.

Senarai Perkhidmatan Keselamatan dan Kualiti Makanan

Sijil Eksport

Sijil Kesihatan Bagi Produk Makanan dan Bahan Bersentuhan Makanan | Sijil Penjualan Bebas Bagi Produk Makanan | Sijil Non-Genetically Modified Food (Non-GMF)

Import Makanan

Maklumat tentang pengimportan makanan di bawah kawalan Akta Makanan 1983

Pensijilan

Program Jaminan Keselamatan Makanan (PKJM). HACCP, GMP & MeSTI. Pensijilan Trust MyCatering. Pendaftaran MyFood Tag

Pelesenan

Pelesenan Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi. Pelesenan Penyediaan Ais. Pelesenan Mesin Jual Air.

Pengiktirafan BeSS

Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” atau BeSS

Sekolah Latihan Pengendali Makanan

Akreditasi SLPM. Kursus Wajib Tenaga Pengajar. Pengiktirafan Tenaga Pengajar. Senarai sekolah

Pendaftaran Premis Makanan

Pendaftaran premis makanan untuk kilang, katering, outlet dan food truck

Makanan Sediaan di Rumah (Home-based Food)

Garis panduan keselamatan makanan bagi makanan sediaan di rumah.

Semakan Pelabelan Makanan

Proses khidmat nasihat pelabelan dan semakan pelabelan makanan ke Sistem FOSIM

Pemantauan Keselamatan Makanan Bagi Majlis Keraian

Garis Panduan Majlis Keraian dan senarai katerer di Melaka

Senarai Klinik Negeri Melaka Yang Menawarkan Suntikan Typhoid

Senarai klinik swasta yang berdafttar dengan JKNM yang menawarkan suntikan Typhoid

Direktori Pegawai BKKM Daerah

Senarai maklumat perhubungan pegawai-pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi setiap daerah di Melaka.

Senarai Unit BKKM

Unit Perkhidmatan Industri dan Kawalan Eksporti

Unit Surveilan dan Komunikasi & Kepenggunaan

Unit Pengurusan

© 2021 Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Hakcipta Terpelihara