Pendahuluan
Unit Penolong Pegawai Perubatan Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah mula dikenali pada bulan Julai tahun 2014. Unit ini dianggotai oleh 4 orang Penolong Pegawai Perubatan dari Gred U44, U42, U36 dan U32. Unit ini bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan).
Objektif
Objektif penubuhan unit ini adalah bagi memantau skop perkhidmatan yang diberikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan agar menepati Standard Operating Procedure yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Fungsi
- Memastikan semua Penolong Pegawai Perubatan mempunyai Sijil Amalan Tahunan yang diperbaharui setiap tahun.
- Memastikan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan menjalankan tugasan mengikut SOP yang dikeluarkan
- Memastikan kelancaran perkhidmatan Pasukan Perlindungan Perubatan yang menepati Pekeliling KPK Bil.2/2007
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat selaras dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Melahirkan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan yang kompeten dan professional
Program / Aktiviti
- Menyelaras aktiviti Pasukan Perlindungan Perubatan seluruh Negeri Melaka
- Melakukan Lawatan Penyeliaan Berkala di hospital-hospital di Negeri Melaka
- Menjalankan Audit Klinikal terhadap perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (Bahagian Perubatan)
- Mengajurkan Kursus/Latihan/Seminar untuk peningkatan ilmu dan kemahiran di kalangan PPP dan PPK