Berperanan dalam menerajui pengendalian Program Kesihatan Pergigian termasuk merancang, mengatur, mengendali, memantau dan menilai program penjagaan kesihatan termasuk Program Penjagaan Pergigian Primer, Program Penjagaan Pergigian Kemasyarakatan, Program Pergigian Kepakaran dan aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian bagi memastikan kesihatan pergigian kepada rakyat meningkat secara berterusan
Promosi Kesihatan Pergigian:
Merancang hala tuju dan mengenal pasti strategi mempromosi kesihatan pergigian melalui pemasaran maklumat kesihatan bagi peningkatan kesedaran kepada rakyat serta berusaha memantapkan smart partnership dengan semua agensi yang terlibat.
Penjagaan Kesihatan Pergigian Primer:
Merancang hala tuju dan mengenal pasti strategi untuk meningkatkan kesihatan Pergigian Primer melalui aktiviti Kesihatan Pergigian Primer dan kolaborasi dengan semua agensi yang terlibat.
Penjagaan Kesihatan Pergigian Kepakaran:
Merancang dan melaksanakan dasar Penjagaan Kesihatan Pergigian Kepakaran dan memastikan perancangan perkhidmatan kepakaran bersesuaian dengan perkembangan fasiliti dan teknologi pergigian.
Penjagaan Kesihatan Pergigian Masyarakat:
Merancang hala tuju dan mengenal pasti strategi untuk meningkatkan kesihatan pergigian masyarakat melalui program dan aktiviti kesihatan pergigian masyarakat serta mengendalikan usaha memantapkan kolaborasi dengan semua agensi yang terlibat.