Objektif
- Menyediakan perkhidmatan kesihatan oral yang bersifat promotif, mencegah, merawat dan rehabilitatif kepada pesakit yang berumur 16 tahun ke bawah, terutamanya kepada pesakit dengan keperluan istimewa.
- Menyediakan rawatan pergigian yang komprehensif dan penjagaan kesihatan oral kepada semua kes rujukan, menjadikan mereka sihat secara oral tanpa sebarang simptom dan tanda-tanda kewujudan penyakit oral yang aktif.
- Melibatkan diri secara langsung dalam melatif personal kesihatan samada melalui program CME, CPD, latihan dalam perkhidmatan, program asas, program asas lanjutan dan juga program pengajaran jarak jauh.
- Melibatkan diri secara aktif dalam kajian yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan.
Fungsi
Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Melaka telah ditubuhkan pada bulan Januari tahun 2007. Jabatan ini adalah berkongsi bangunan bersama Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial Hospital Melaka.
Pakar-Pakar:
Piagam Pelanggan
Semua pesakit Jabatan Pergigian Pediatrik serta ibu bapa akan dilayan dengan mesra, bertimbang-rasa, sopan santun, hormat dan ikhlas oleh anggota klinik.
Semua pesakit akan dimaklumkan berkenaan prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko serta rawatan alternative.
Menjalani ujian tambahan dan rujukan ke jabatan / unit tertentu jika perlu.
Pesakit berhak mendapat kepastian bahawa segala maklumat mengenai pesakit tersebut serta rawatannya akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan pesakit tertakluk kepada undang-undang.
Setiap pesakit akan didaftarkan dalam 15 minit dan diberi rawatan dalam tempoh 30 minit, kecuali dalam waktu tertentu dimana terdapat kes-kes kecemasan dan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.
Program / Aktiviti
- Konsultasi pakar dan rawatan kes rujukan klinik luar dan pesakit dalaman (inpatient).
- Memberi perkhidmatan dan pengendalian pergigian kanak keperluan khas dan berkompromi perubatan selain pengendalian kes-kes trauma pergigian kanak-kanak.
- Memberi perkhidmatan pergigian komprihensif dan trauma pergigian dan tisu lembut di bawah bius am elektif dan kecemasan
- Mengendalikan kes-kes patologi mulut, anomali pergigian, early childhood caries kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah.
- Menyertai aktiviti promosi pergigian yang berkaitan.