MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN FARMASI

CAWANGAN PENGUATKUASA FARMASI

Cawangan Penguatkuasa Farmasi 

Penguatkuasaan Farmasi berperanan untuk memastikan semua produk farmaseutikal, tradisional dan kosmetik dalam pasaran adalah sah dari segi pendaftaran dan notifikasi. Ia juga berfungsi untuk memastikan bahawa pengendalian rangkaian bekalan dan pemasaran, iklan-iklan produk tersebut (termasuk juga perkhidmatan perubatan) dan penggunaanya dikendalikan dengan mematuhi peruntukan undang-undang yang terlibat.
 
Usaha ini dilakukan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pencegahan, kawalan melalui pelesenan, aktiviti pemantauan dan juga aktiviti peningkatan kesedaran pengguna untuk menurunkan permintaan terhadap produk yang tidak selamat atau membahayakan.
 
OBJEKTIF
Memastikan semua keluaran farmaseutikal dan produk penjagaan kesihatan yang berada di pasaran adalah berkualiti, selamat, berkesan dan iklan ubat dan perkhidmatan perubatan mematuhi akta-akta dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan dan juga meningkatkan kesedaran pengguna ke atas pengunaan ubat yang berdaftar.
 
Unit-Unit

Risikan dan Operasi
  1. Menjalankan risikan berdasarkan maklumat yang diterima/diperolehi.
  2. Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang produk-produk tidak berdaftar, kosmetik tidak bernotifikasi.
  3. Menjalankan serbuan ke atas premis yang menjual/membekal/menyimpan/mengilang racun, bahan psikotropik, bahan kimia dan ubat-ubat terkawal yang beroperasi tanpa lesen yang sah.

  

 
 
Pelesenan 
  1. Memproses lesen/permit/kebenaran merangkumi aktiviti penjualan, penggunaan, pengimportan dan pengeksportan bagi racun, dadah berbahaya, bahan psikotropik,bahan terkawal dan bahan kimia prekursor menurut Akta Racun 1952.
  2. Menyelaras dan memantau aktiviti pelesenan di Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri.
 

Pemeriksaan, Audit dan Kawalan di Pintu Masuk  
  1. Pemeriksaan meliputi premis berlesen dan premis berdaftar seperti klinik, farmasi, hospital perubatan, pergigian, veterinar swasta, premis pemborong dan kilang yang mengendalikan ubat-ubatan terkawal dan bahan kimia berjadual.
  2. Pemantauan ke atas premis yang tidak mempunyai lesen racun dan bukan premis berdaftar juga dijalankan seperti kedai runcit, kedai ubat, pasar malam, kiosk, salun kecantikan, spa, gim, pengamal perubatan tradisional dan lain-lain lagi.
  3. Pemeriksaan bertujuan untuk memastikan segala urusan jualan, bekalan, pembelian, pengedaran, penyimpanan rekod, penstoran dan pelabelan ubat dan bahan kimia terkawal adalah mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan.
  4. Aktiviti audit ubat-ubat terkawal turut dijalankan.
  5. Kawalan di Pintu Masuk melibatkan kerjasama dengan pihak Kastam untuk menyaring pengimportan/ bawa masuk barang-barang yang dikawal di bawah Perundangan Farmasi supaya pengimportan itu mematuhi peruntukan undang-undang.
  6. Pemeriksaan dilakukan di Pelabuhan Quayside Banda Hilir dan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam.

   
   

Penyiasatan, Pendakwaan & Iklan
  1. Memantau perjalanan aktiviti siasatan bagi kes-kes berkaitan keluaran farmaseutikal, racun dan bahan kimia yang dikawal di bawah Akta-akta yang dikuatkuasakan. Bukti dan keterangan dikumpul untuk tujuan pendakwaan dan tindakan punitif yang berkaitan.
  2. Mengendalikan pendakwaan dan perbicaraan kes-kes di mahkamah berdasarkan akta-akta yang dikuatkuasakan setelah penyiasatan yang lengkap telah dilakukan serta bukti yang kukuh diperolehi.
  3. Memantau iklan yang disiarkan melalui media cetak dan elektronik bagi memastikan peruntukan undang-undang sedia ada dipatuhi
  4. Menjalankan siasatan bagi kes-kes berkaitan pengiklanan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan.

 
Pencegahan & Kesedaran Pengguna
  1. Menyelaras dan mengawalselia aktiviti meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan ubat-ubat berdaftar.
  2. Menganalisa sampel-sampel produk yang terdapat di pasaran dan berdasarkan aduan orang ramai, yang disyaki melanggar peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.
  3. Mengendalikan aduan berkaitan ubat berdaftar, ubat tidak berdaftar, ubat palsu, kosmetik, makanan dicemari racun, iklan, etika doktor, etika ahli farmasi dan lain-lain
  4. Menyedia dan menerbitkan bahan-bahan untuk kegunaan kempen berkaitan kesedaran pengguna dan penguatkuasaan Farmasi.
  5. Mempertingkatkan usaha-usaha dalam mengurangkan permintaan terhadap ubat-ubat yang sering disalahgunakan seperti ubat dan kosmetik tidak berdaftar melalui ceramah di radio tempatan, sekolah dan tempat awam.
  6. Mengadakan dialog dengan persatuan peniaga ubat-ubatan serta mengedarkan risalah dan poster berkenaan penggunaan ubat-ubatan yang rasional dan betul.

  

  

 
 
Bahagian Farmasi      Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi     Cawangan Pengurusan Farmasi 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 20-01-2017 :: 10:45 AM