MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI

CAWANGAN AMALAN DAN PERKEMBANGAN FARMASI

PENGENALAN 
Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi 

Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi bertanggungjawab bagi memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui amalan farmasi yang berkesan bagi mempertingkatkan Perkhidmatan Farmasi di Malaysia supaya setanding dengan kemajuan perkembangan perkhidmatan farmasi di negara-negara maju. Cawangan ini bertanggungjawab memantau amalan dan praktis kesemua fasiliti farmasi awam di 3 buah hospital dan 27 buah Klinik Kesihatan di Negeri Melaka.

Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi mempunyai empat bidang tugas utama iaitu:
 
(1) Perkembangan Farmasi

  1. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF), menganalisa penemuan dan penambahbaikan yang dibuat dan bertanggungjawab ke atas sasaran, analisa dan pelaporan aktiviti ADAF Negeri.
  2. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti kajian penyelidikan Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi. Dan menyelaras serta memantau program MEET untuk fasiliti kesihatan di Melaka.
  3. Merancang dan menyelaras Aktiviti Mesyuarat Jawatankuasa Ubat dan Terapeutik (JKUT) Negeri Melaka.
  4. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti Pharmacy Information System (PhIS) di fasilti kesihatan di Melaka.


(2) Penjagaan Farmaseutikal

  1. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti penjagaan farmaseutikal yang berkaitan farmasi ambulatori dan farmasi klinikal di fasiliti kesihatan negeri Melaka.
  2. Merancang, menyelaras kajian dan memantau aktiviti tinjauan antimikrobial (negeri/kebangsaan) di fasiliti kesihatan negeri Melaka.
  3. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti farmasi dalam Program Rawatan Methadone di fasiliti dalam dan luar KKM.
  4. Merancang, menyelaras dan memantau perlaksanaan aktiviti farmasi di bawah program Kesihatan Primer di klinik kesihatan dalam Negeri Melaka.

(3) Pengurusan Farmasi Logistik

  1. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti stok bekalan kontrak dan bukan kontrak serta menyelaras laporan peruntukan, laporan stok terperinci & perbelanjaan stor farmasi Melaka.
  2. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti pembekalan ubat  di Pusat Pembekalan Ubat Setempat (PPUSS) bagi menjamin kesinambungan ubat pesakit.
  3. Merancang dan menyelaras sesi dialog dengan syarikat konsensi bersama fasiliti.
  4. Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti lawatan penyeliaan ke fasiliti farmasi hospital & kesihatan di Melaka

(4) Penggunaan Ubat Secara Berkualiti

  1. Merancang,menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti penggunaan ubat secara berkualiti kepada orang awam.
  2. Merancang dan menyelaras penyediaan buletin farmasi dan memantau  pencapaian MIMS gateway oleh fasiliti.
  3. Merancang, menyelaras, membuat verifikasi dan memantau aktiviti keselamatan pengubatan dan Medication Error Reporting (MERS)
  4. Menyelaras, menganalisa dan memantau aktiviti pelaporan ADR/ AEFI, ME dan alahan dari fasiliti
Bahagian Perkhidmatan Farmasi      Cawangan Pengurusan Farmasi    Cawangan Penguatkuasa Farmasi 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 26-11-2019 :: 04:37 PM