MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN PERUBATAN

UNIT KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN

UNIT KUALITI PENJAGAAN PERUBATAN

Unit Kualiti Penjagaan Perubatan telah ditubuhkan pada tahun 2010 yang bertujuan untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kepastian dan peningkatan kualiti di hospital-hospital Negeri Melaka mengikut standard kualiti yang ditetapkan. Unit ini dianggotai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pegawai Perubatan UD52) dan seorang Penolong Pengarah Kanan (Pegawai Perubatan UD44).

AKTIVITI

Aktiviti yang dijalankan oleh Unit Kualiti Penjagaan Perubatan adalah:

1. Pemantauan pencapaian Performance Indicator (KPI/NIA) Program Perubatan bagi- 

  • YB Menteri Kesihatan.
  • Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Program Perubatan).
  • Bahagian Perubatan JKN Melaka serta Pengarah-Pengarah Hospital.
  • KPI Klinikal

 

2. Urusetia KPI KPK dan PKN Peringkat JKN Melaka

3. Pelaksanaan audit pemantauan pencapaian indikator Program Perubatan KPI KPK dan PKN Peringkat JKN Melaka.Pengurusan aduan di hospital-hospital KKM di Negeri Melaka.

4. Pemantauan penyelidikan klinikal di peringkat Negeri Melaka.

5. Menyelaras serta memantau Insident Reporting.

6. Menyelaras serta memantau pelaksanaan Jawatankuasa Keselamatan Pesakit dan Malaysian Patient Safety Goals peringkat hospital-hospital di Negeri Melaka.

7. Penyelarasan aktiviti kepastian dan peningkatan kualiti seperti MS ISO 9001:2008, QAP dan Akreditasi.

8. Merancang keperluan kursus/latihan berkaitan aktiviti kepastian kualiti di peringkat negeri.

 

 

 

 

Bahagian Perubatan      Unit Perkembangan Perubatan    Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS)    UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (BAHAGIAN PERUBATAN)    Unit Kejururawatan    Unit Rekod Perubatan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 22-01-2019 :: 11:14 AM