MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN PERUBATAN

UNIT PERKEMBANGAN PERUBATAN

UNIT PERKEMBANGAN PERUBATAN

Unit Perkembangan Perubatan, Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah diwujudkan pada tahun 2010. Unit ini secara amnya bertanggungjawab untuk memantau dan menyelia sistem pengoperasian dan pemberian perkhidmatan setiap hospital di negeri Melaka.

 

OBJEKTIF

Memastikan bahawa semua jenis perkhidmatan yang disediakan di peringkat hospital adalah bersesuaian, mematuhi sasaran/ permintaan pelanggan serta cekap dan berkesan dalam pemberian perkhidmatan selaras dengan Visi dan Misi Kementerian Kesihatan Malaysia.

FUNGSI

  1. Menyelaras dan memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kejat (LEAN Healthcare System) di setiap hospital.
  2. Menyelaras dan memantau pelaksanaan sistem hospital kluster (Hospital Kluster Melaka)
  3. Merancang dan memantau pembangunan sumber manusia bagi program perubatan.
  4. Merancang, menyelaras dan memantau prestasi dan keperluan peruntukan kewangan bagi program perubatan.
  5. Merancang dan memantau Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi Program Perubatan.
  6. Memantau projek-projek pembangunan di bawah hospital.
  7. Menyelaras laporan hospital ke KKM secara berkala.
  8. Menguruskan permohonan Lokum (Bahagian Perubatan, JKN Melaka), kelulusan bertulis Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menurut Seksyen 34C Akta Perubatan 1971, permohonan posting elektif oleh pelajar perubatan di hospital dan juga pengambilan pakar swasta untuk berkhidmat di hospital secara sessional.
  9. Memantau Echo-Training Clinical Practice Guidelines (CPG)

 

Bahagian Perubatan      Unit Kualiti Penjagaan Perubatan    Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS)    UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (BAHAGIAN PERUBATAN)    Unit Kejururawatan    Unit Rekod Perubatan 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 22-01-2019 :: 11:19 AM