MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN KESIHATAN AWAM

UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN

Objektif Umum
Memupuk masyarakat yang celik kesihatan dan membudayakan cara hidup sihat sepanjang hayat dalam persekitaran sihat sejahtera.

Objektif Khusus

  1. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai amalan cara hidup sihat melalui aktiviti promosi kesihatan sepanjang hayat
  2. Meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai amalan cara hidup sihat melalui aktiviti promosi kesihatan sepanjang hayat
  3. Menggalakkan perubahan sikap masyarakat ke arah amalan cara hidup sihat melalui promosi kesihatan sepanjang hayat
  4. Meningkatkan kemahiran masyarakat mengenai amalan cara hidup sihat melalui aktiviti kesihatan sepanjang hayat

Fungsi-fungsi

  1. Meningkatkan pencapaian maklumat kesihatan dalam kalangan masyarakat
  2. Memperlengkapkan anggota kesihatan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang promosi kesihatan
  3. Memperkasa masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai kearah amalan hidup sihat
  4. Meningkatkan advokasi untuk membentuk supportive environment
  5. Membina kerjasama untuk kesihatan di antara masyarakat, agensi kerajaan, NGO dan pihak swasta

Aktiviti - aktiviti yang dilaksanakan :

• Promosi Cara Hidup Sihat.
• Program Doktor Muda.
• Program COMBI bagi kawalan Denggi.
• Program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja).
• Sambutan Hari-Hari Kesihatan khas.
 

Bahagian Kesihatan Awam      Unit Inspektorat dan Perundangan    Unit Keselamatan Radiasi    Unit Kejuruteraan    Unit Pemakanan    Unit Kesihatan Primer    Unit Kesihatan Keluarga    Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit    Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar    Unit Kawalan TB/Kusta    Unit Kawalan HIV/AIDS    Unit Survelan dan Kesiapsiagaan     Unit Kawalan Penyakit Berjangkit    Unit Vektor    Unit Kualiti 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 08-08-2016 :: 05:18 PM