MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN KESIHATAN AWAM

UNIT KESIHATAN KELUARGA

Aktiviti - aktiviti Unit Kesihatan Keluarga

1. Perkhidmatan Kesihatan Ibu

  • Rawatan Antenatal
  • Rawatan Postnatal
  • Perbidanan di Rumah
  • Perancang Keluarga
  • Perkhidmatan Pap Smear
  • Kesihatan Wanita Dewasa
  • Pendidikan Kesihatan

2. Perkhidmatan Kesihatan Anak

  • Menilai kesihatan bayi dan kanak-kanak
  • Pelalian
  • Rawatan kecederaan ringan
  • Strategi khusus saringan G6PD dan jangkitan saluran pernafasan (ARI)
  • Pendidikan Kesihatan

3. Rancangan Kesihatan Sekolah

  • Perkhidmatan Kesihatan Pra sekolah dan sekolah
  • Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS)
  • Pelalian
  • Pemakanan termasuk Program Bantuan Makanan Sekolah
  • Pendidikan Kesihatan

4. Perkhidmatan Masyarakat

  • Lawatan ke rumah
  • Perkhidmatan ‘Home Care Nursing’

5. Program Perluasan Skop

  • Program Pemulihan Kanak-kanak Keperluan Khas


Fungsi - fungsi Unit Kesihatan Keluarga

1. Merancang dan Melaksanakan Perkhidmatan Kesihatan Keluarga.

  • Merancang dan melaksanakan Program latihan mengenai Kesihatan Keluarga di peringkat tempatan misalnya kursus-kursus dalam perkhidmatan, bengkel dan persidangan.
  • Mengadakan mesyuarat berkala dengan kakitangan kesihatan untuk meneliti semula dan membincangkan aktiviti-aktiviti yang berterusan dan memberi taklimat mengenai aktiviti-aktiviti baru.
  • Memberi dan mengedarkan garis panduan teknikal yang bersesuaian mengenai Perkhidmatan Kesihatan Keluarga kepada Pegawai Kesihatan, Pegawai Perubatan dan Kesihatan, Jururawat dan kakitangan auxiliary.
  • Mengesyorkan penempatan pegawai-pegawai terlatih yang mencukupi, kenderaan yang cukup dan sumber-sumber lain yang mencukupi.

2. Memantau / Menyelia Pencapaian Aktiviti-aktiviti Kesihatan Keluarga.

  • Mengumpul data-data/ laporan dari daerah.
  • Menganalisa data-data dari aspek pencapaian dan kelemahan.
  • Mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
  • Lawatan-lawatan luar ke klinik-klinik bagi memastikan norma-norma dan peraturan-peraturan seperti di dalam garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia diikuti.

3. Menilai Perkhidmatan Kesihatan Keluarga Melalui:

  • Pencapaian PTS, SOP, QAP & KPI

4. Menjalankan tugas pentadbiran
 

  • Penyediaan anggaran belanjawan tahunan untuk semua aktiviti-aktiviti dan keperluan yang berkaitan dengan Kesihatan Keluarga.
  • Menguruskan permohonan perjawatan ABM.
  • Lain-lain tugas mengikut keperluan semasa.
     

Carta Organisasi Unit Kesihatan Keluarga

 

 

Bahagian Kesihatan Awam      Unit Inspektorat dan Perundangan    Unit Keselamatan Radiasi    Unit Kejuruteraan    Unit Pendidikan Kesihatan    Unit Pemakanan    Unit Kesihatan Primer    Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit    Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar    Unit Kawalan TB/Kusta    Unit Kawalan HIV/AIDS    Unit Survelan dan Kesiapsiagaan     Unit Kawalan Penyakit Berjangkit    Unit Vektor    Unit Kualiti 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 08-08-2016 :: 05:20 PM