MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN KESIHATAN AWAM

UNIT KAWALAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

Objektif Unit Penyakit Tidak Berjangkit

  1. Untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti yang disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit agar ia tidak lagi menjadi masalah kesihatan awam.
  2. Untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, suasana kerja yang sihat dan selamat, persekitaran yang bersih, langkah pencegahan yang betul, pengesanan dan pengubatan awal, survelan secara tepat dan cekap dan perkhidmatan pemulihan yang berkesan.
  3. Untuk menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dengan bekerjasama serta perkongsian antara pelbagai sektor ke arah pembentukan masyarakat sihat dan penyayang 

Visi Unit Penyakit Tidak Berjangkit

Melaka dijadikan sebuah negeri dengan rakyatnya yang sihat melalui satu sistem perkhidmatan kesihatan yang efisien, prihatin, seimbang dan mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat bagi menghadapi cabaran negara maju.

Misi Unit Penyakit Tidak Berjangkit

Untuk membimbing dan mendahului ke arah mencapai satu sistem rawatan kesihatan yang optimum melalui perkhidmatan pencegahan, penggalakkan, perawatan dan pemulihan yang berkesan demi meningkatkan mutu kehidupan rakyat negeri Melaka.

Fungsi Utama I: Program Kawalan Dan Pencegahan Diabetes & Kardiovaskular

  1. Pemantauan dan Penilaian
    • Memantau dan Menganalisa Reten Rawatan serta Komplikasi Penyakit Diabetes
    • Memantau dan Menganalisa reten saringan 5 faktor risiko utama kardiovaskular untuk komuniti (tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti , hyperkolestrolemia dan amalan merokok)
  2. Pencegahan Primer
    • Merancang dan Memantau Aktiviti Saringan Penyakit Diabetes Dan Kardiovaskular
  3. Pencegahan Sekunder
    • Merancang dan Melatih ”Diabetic Educator” Negeri bagi meningkatkan mutu rawatan Penyakit Diabetes

Fungsi Utama II: Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN)

  1. Pemantauan dan Penilaian
    • Merancang dan memantau program saringan dan program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) bagi setting komuniti
  2. Pencegahan Primer
    • Merancang dan melatih pasukan Intervention Non-Communicable Disease (iNCD) dikalangan staf kesihatan dan Gerak Sihat Malaysia (GsiM) terlatih dikalangan sukarelawan KEMAS/Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi program saringan dan intervensi KOSPEN

Fungsi Utama III: Program Pencegahan Dan Kawalan Hasil Tembakau

  1. Pencegahan Primer
    • Merancang dan melaksanakan aktivti promosi tentang kesedaran bahaya merokok
  2. Pemantauan dan Penilaian
    • Memantau dan Menganalisa Reten Klinik Berhenti Merokok

Fungsi Utama IV: Program Pencegahan Dan Kawalan Kanser

  1. Surveilan
    • Menerima, merekod dan menganalisa data Kanser Negeri Melaka

Fungsi Utama V: Program Pencegahan Dan Kawalan Kesihatan Mental

  1. Pencegahan Primer
    Merancang dan melaksanakan aktiviti promosi tentang Kesihatan Mental
  2. Pemantauan dan Penilaian
    Memantau dan menganalisa reten saringan minda sihat di Klinik Kesihatan

Fungsi Utama VI: Program Pencegahan Dan Kawalan Penyalahgunaan Alkohol

  1. Pencegahan Primer
    • Merancang dan melaksanakan aktivti promosi tentang program penilaian risiko & intervensi alkohol
  2. Pemantauan dan Penilaian
    • Memantau dan menganalisa reten skor audit Alkohol

Fungsi Utama VII: Program Pencegahan Dan Kawalan Kecederaan Dan Keganasan

  1. Pencegahan Primer
    • Merancang dan melaksanakan latihan bagi kecederaan kanak-kanak kepada agensi-agensi berkaitan
  2. Pemantauan dan Penilaian
    • Mengkoordinasi Mesyuarat Jawantankuasa Pencegahan Kecederaan kanak-Kanak peringkat Negeri Melaka

Carta Organisasi Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit

 

Bahagian Kesihatan Awam      Unit Inspektorat dan Perundangan    Unit Keselamatan Radiasi    Unit Kejuruteraan    Unit Pendidikan Kesihatan    Unit Pemakanan    Unit Kesihatan Primer    Unit Kesihatan Keluarga    Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar    Unit Kawalan TB/Kusta    Unit Kawalan HIV/AIDS    Unit Survelan dan Kesiapsiagaan     Unit Kawalan Penyakit Berjangkit    Unit Vektor    Unit Kualiti 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 08-08-2016 :: 05:24 PM