MENGENAI KAMI  PROFIL PERKHIDMATAN  BAHAGIAN KESIHATAN AWAM

UNIT SURVELAN DAN KESIAPSIAGAAN

UNIT SURVELAN DAN KESIAPSIAGAAN

PENGENALAN

Unit Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat telah diintegrasikan ke dalam perkhidmatan Kesihatan Awam bermula dari tahun 2006. Fungsi utama unit ini adalah untuk memantapkan program survelan penyakit berjangkit di samping menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit baru muncul. Ia bertujuan untuk menurunkan kadar morbiditi dan mortaliti penyakit-berjangkit supaya tidak menjadi masalah kesihatan awam.

OBJEKTIF:

  • Untuk memberi amaran awal mengenai ancaman penyakit berjangkit yang memerlukan tindakan segera (Early Warning and Rapid Response).
  • Memastikan tindakan segera dalam mengawal dan mencegah penyakit berjangkit.
  • Mendapatkan dan menyebarluaskan maklumat tepat dan terkini berkaitan penyakit berjangkit supaya pencegahan dan pengawalan berkesan dapat dilakukan.
  • Membina modal insan yang berilmu, terlatih dan mempunyai kemahiran dalam penyiasatan epidemiologi.

PROGRAM:

Unit survelan dan kesiapsiagaan bertanggungjawab di dalam perlaksanaan aktiviti pencegahan dan kawalan masalah kesihatan awam di bawah 4 program utama iaitu;

  • Program Survelan Penyakit Berjangkit
  • Program Pengurusan Wabak dan Bencana serta pengurusan
  • Program Kesihatan Antarabangsa
  • Program Informasi dan Dokumentasi

 

1.1 Program Survelan Penyakit Berjangkit

Aktiviti survelan penyakit berjangkit dilaksanakan dengan memantau penyakit berjangkit secara berterusan dari pelbagai sumber secara sistematik. Ia melibatkan proses pengumpulan data, analisa data, interpretasi data dan seterusnya menyebarkan data tersebut kepada semua pihak yang berkepentingan.

Antara kaedah survelan yang digunapakai pada masa ini adalah:

  • Survelan penyakit secara klinikal (clinical-based) iaitu survelan di fasiliti sentinel atau national iaitu dilaksanakan di seluruh fasiliti kesihatan serta notifikasi sindromik.
    • Unit survelan bertanggungjawab ke atas kesiapsiagaan dan pengesanan awal kehadiran novel virus influenza. Pengesanan kes dilakukan dengan memastikan perlaksanaan survelan kes di fasiliti sentinel :-
      • Tren kes Influenza Like Illness di KK Peringgit dan Severe Acute Respiratory Illness di Hospital Melaka
      • Jenis dan subtype virus bagi kes ILI dan sARI melalui fasiliti sentinel di atas.terutamanya virus Influenza di Melaka
    • Pengesanan awal penyakit baru muncul (emerging) atau kemunculan semula penyakit lama (re-emerging) melalui pemantauan dan penyiasatan kes yang dinotifikasi secara sindromik atau kes-kes yang mati tanpa diketahui sebab namun disyaki akibat penyakit berjangkit.

 

  • Survelan penyakit berjangkit yang wajib dinotifikasi di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan 2016). Pemantauan dilakukan dengan memastikan semua kes dinotifikasi di ambil tindakan dalam masa yang ditetapkan seperti di dalam Definisi Kes Penyakit Berjangkit 2016.
    • Unit survelan juga bertanggungjawab secara langsung ke atas kes Avian Influenza, Ebola, MERS CoV dan mana-mana penyakit baru muncul.
  • Survelan ke atas peristiwa akut yang mengancam kesihatan awam seperti bencana atau wabak penyakit berjangkit melalui survelan di dalam komuniti (community based surveillance) seperti laman web, berita antarabangsa atau media massa.
  • Pemantauan kes penyakit berjangkit melalui survelan penyakit yang melibatkan agensi lain seperti FOMEMA bagi pengesanan penyakit berjangkit dikalangan warga asing dan Jabatan Veterinar bagi avian flu.

 

1.2 Program Pengurusan Wabak dan Bencana serta koordinasi CPRC

Unit survelan bertanggungjawab bagi menguruskan Crisis Preparedness Response Centre  (CPRC) JKN Melaka. CPRC bertindak sebagai pusat gerakan dan juga koordinasi apabila berlakunya wabak dan bencana. Antara pengurusan  yang dilakukan adalah;

  • Memastikan segara peralatan di CPRC adalah mencukupi dan diselenggara bagi kesiapsiagaan operasi apabila diaktifkan
  • Menjadi urusetia untuk membantu unit teknikal yang terlibat bagi setiap wabak dan bencana.
  • Menguruskan jadual petugas dan juga keperluan petugas dalam setiap wabak dan bencana
  • Memastikan laporan harian dihantar ke CPRC KKM pada setiap hari apabila CPRC diaktifkan
  • Menguruskan ‘Go to Meeting’
  • Menjadi urusetia bagi mesyuarat Epid Review Peringkat JKN Melaka
  • Menerbitkan Bulletin Epid JKN Melaka
  • Penyelaras bagi latihan simulasi penyakit berjangkit dan bencana

1.3 Program Kesihatan Antarabangsa

Unit survelan bertanggungjawab di sebagai pakar rujuk dan urusetia jabatan bagi program-program interagensi yang melibatkan kesihatan antarabangsa. Antara aktiviti di bawah program ini adalah;

  • Aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Jemaah Haji bersama Lembaga Tabung Haji Negeri Melaka
  • Aktiviti Pemantauan dan Pengurusan Kesihatan Pekerja Asing bersama Unitab Medic Sdn.Bhd.
  • Pemantauan dan pakar rujuk bagi pengurusan permit import/eksport mayat, anggota badan, tisu dan pathogen.
  • Aktiviti pencegahan, saringan penyakit dan pengurusan kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa Negeri Melaka seperti saringan kes Zika dan Mers CoV.

 

1.4 Program Informasi dan Dokumentasi

Unit survelan bertanggungjawab di sebagai pakar rujuk dan penyelaras bagi program informasi dan dokumentasi penyakit berjangkit. Antara aktviti yang dilaksanakan secara berterusan adalah;

  • Penyelaras sistem eNotifikasi negeri Melaka
  • Penyelaras bagi pengumpulan kadar insidens penyakit berjangkit negeri Melaka untuk dokumentasi fakta kesihatan negeri Melaka.

Bahagian Kesihatan Awam      Unit Inspektorat dan Perundangan    Unit Keselamatan Radiasi    Unit Kejuruteraan    Unit Pendidikan Kesihatan    Unit Pemakanan    Unit Kesihatan Primer    Unit Kesihatan Keluarga    Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit    Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar    Unit Kawalan TB/Kusta    Unit Kawalan HIV/AIDS    Unit Kawalan Penyakit Berjangkit    Unit Vektor    Unit Kualiti 

Tarikh Akhir Kemaskini :: 17-04-2017 :: 04:22 PM